...He found you lost and guided you (93:7)

Tuesday, July 17, 2012

ingat

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

semalam, ada sorang ustaz tu bagi kuliyah maghrib kt Masjid Al - Hidayah, berkenaan zikrullah a.k.a mengingati Allah. Menurut ustaz, salah satu cara mengingati Allah ialah dengan berzikir sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu dengan ;

bertasbih
subhanaAllah

bertahmid
alhamdulillah

bertakbir
allahuakbar


bertahlil
la ila ha illallah

selalunya camtu lah kan cara yang kite pun selalu buat especially lepas solat kan?tak pun sebelum tidur. Bagus juga, cumenya kali ni ust tu ( namo gapo doh, xigt ) emphasises mengenai cara mengingati Allah secara lebih meluas. Kite sering mindsetkan berzikir tu dibuat hanya time2 tertentu je, xpun time duk dalam masjlis tertentu. Menurut ustaz, even time dalam tandas pun boleh ingat kat Allah. haa mesti pelik kan.. 

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Dua kalimah yang ringan pada lidah, berat pada Al-Mizan (yakni timbangan Allah di hari akhirat) yang kedua-duanya sangat-sangat di sukai oleh Allah SWT itulah bertasbih dengan Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallhil 'Azhim.


(Riwayat Al-Bukhari , Muslim, At-Tarmizi, An-Nasaie dan Ibnu Majah)


Maksud ustaz tu, sebagai tanda "lega" nya kita , wajiblah kita mengingati Allah. bersyukur. Tapi kata ustaz, jangan lak duk bertahmid dalam tandas tu secara lisan, mana boleh gitu. Cukuplah sekadar kita memanjatkan rasa syukur tu dalam hati. orang lain x dengar, but confirm2 Allah dengarkan. Sebenarnya saya suke sangat contoh ustaz yang ni, out of banyak2 contoh ustaz, sebab excretion pun salah satu nikmat Allah tau. Nikmat itu, bukan sekadar bermaksud kita mendapatkan apa yang dihajati, benda yang best2 je, tapi lihatlah nikmat Allah yang ada pada diri kita sendiri. Even though it sounds a little bit like, euww ape ni cakap sal constipation, but come on,  Berapa ramai yang facing constipation bila nak buang air besaq.mashaAllah. 

Plus ustaz juga tekankan kita boleh je berzikir time nak drive dari rumah ke tempat kerja ataupun vice verse. Kata ustaz lagi,dalam nada gurau, time petang2, PEAK HOUR tu, beruntunglah sape2 yang berzikir, sebab  semakin panjang perjalanan nak sampai rumah, semakin bertambah saham kat sana. hehe..bijok ustaz tu cam tahu2 je ramai orang stress sebab jem ni. 


Bagi saya lah kan, dengan dengar nasyid berunsur Islami juga dapat mengingatkan kita pada Allah dan Rasulullah s.a.w. Sekarang ni pun, nasyid2 Islami has become mainstream, terutamanya nasyid by Maher Zain. Most of his songs bukan shj best dari segi melody and instrument tapi bait2 liriknya pun sungguh terkesan pada hati. Also included in the list, nasyid2 lama by Hijjaz, Inteam, Rabbani and Raihan. Nasyid2 diorang pun banyak berunsur ketuhanan yang menusuk qalbu. Kadang2, bila kena timing, meleleh juga air mata ni bila dgr nasyid camgitu. kan2??

The bottom line is, yakinlah hanya dengan mengingat Allah sahaja hati akan menjadi tenang.





"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(ar-Rad:28)



InshaAllah apa yang sikit saya dapat dari Ustaz tu,saya share dan sama-sama kita ambil iktibar untuk improve diri. Aish tak sedap lak asyik duk guna "ustaz tu" suppose aku kene ingat nama dia. It's an honour for him for sharing knowledge. haish, please lah take note name ustaz tu. lagiii!

SUNNAH : cara bertasbih guna jari, cukup 33




p.s : Hurm Betol juga cakap kawan saya sorang ni. Tarbiyyah doesnt mean dalam usrah je, update blog pun sama. sebab kita share knowledge ,writing ( yang tak berapa nak excellent pn ) kat org lain (yang sebenarnya saya pun tak tahu ade ke yang baca blog penulisan picisan saya. haha) dan pada yg sama mengingatkan diri sndri. Hopefully bila ada yg terbumped , terbaca blog ni at least lahir rasa insaf sikit2 pun ok la. . k later fellas :)

wallahua'lam

entry pending since : 13/07/12

2 comments:

  1. syukran kerna sentiasa mengingatkanku kepadaNya sahabat..=)

    ReplyDelete
  2. mum pun terima kasih sbb mengingatkan tmn kepadaNya jua :) mum shbt solehah

    ReplyDelete