...He found you lost and guided you (93:7)

Friday, January 6, 2012

Sohaib Faris

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

aiyoyo. Sedang asyik menulis laporan project co-digestion of food waste and cow manure tadi, tetiba saya terasa rindu kat seorang budak nih. Dah masuk lebih kurang 3 bulan saya tidak bersua dengannya. Rindu yang teramat . Seorang budak yang botak,bulat,boy,boroi dan punya hobby mengigit kawan-kawan selain makanannya. Hihi Owh my fav boy,Sohaib bin. Faris. rindu......


Sohaib Faris..(namanya reminds me of....)
Sejak hari pertama saya berkerja sebagai pengasuh, saya sudah "target" yang Shuhaib is no ordinary boy. Lagi2 dia BOTAK, lain daripada yang lain. Sepanjang dua bulan saya berkerja, saya dapati Shuhaib sangat mudah diurus dan tak banyak ragam. Time makan, he'll put himself at the first saf, bersiap untuk disuap.Tidak seperti yang lain,ada yang masih berkejar-kejaran sdg rakan taulan. Dengan kite2 sekali berkejar-kejaran nak menyuap nye:) Mula-mula kerja berkejaran lagi, tapi dekat seminggu saya tak join dah.lenguh den gitu,,hehe So nak tak nak memang  saya akan menyuap Shuhaib dulu at most of the time. Saya masih ingat bagaimana jelesnye Shuhaib if saya utamakan kawan2nya dari dia sewaktu menyuap. Mesti dia "mengganas" dengan menepis tangan saya time saya nak suap budak lain, protest. Hmm yang ini agak notti tapi saya suka, sebab tandanya, dia nak perhatian saya :)
Plus Shuhaib ni sangat2 murah dengan senyuman.see...hensem kan.


                                                           
                                                                    rinduuu



ala comey2..nak ape?

peace!


tidur pun ade pose si Sohaib ni :)



Sohaib n Imran


Hati mana tak senang bile melihat telatah si Sohaib ni. Kadang2 penat berkerja seharian tak terasa kalau in the end dapat habiskan masa bermain dengan Sohaib. Sangat fun. Kadang-kadang bila ayah Sohaib datang nak ambil waktu habis kerja, rase berat je nak bagi Shuhaib.huhu Owh ya ibu Sohaib seorang ustazah dan ayah nya seorang pengarah kat PTS Islamik publication.

Sohaib dan bro nye, Sameer

 Walaupun Sohaib tidaklah senakal mana jika dibandingkan dengan rakannya yang lain, tapi satu tabiat Sohaib yang agak bahaya ialah, kesukaannya mengigit budak lain. Siyes, naik lebam juga si Mangsa bila digigitnya. Kebanyakkan pengasuh kat sini tak suke la camtu, sebab nanti ramai parents komplain. So, ade yang marah Sohaib.come on la, he's just 1 year and ++ ! Tapi since saya ada, he's mine. Saya akan sentiasa pay my greatest attention to him. Bukan bias, tapi kasih sayang kan tak ley nak tipu.

sukee sgt die mengigit..haipp!

Satu keistimewaan Sohaib ( sebenarnye...banyak laagi ) ialah bile saya pangku dia, saya bisikan zikir or azan, he seems to respond to it. Selalunya time petang2 la , sambil tunggu Baba Sohaib datang, we'll spend much of the time together. Senyap,diam,tak bergerak langsung,sangat fokus Shuhaib bile dengar zikir, kemudian perlahan2 dia akan cube mengikut. Lagi2 bile dengar perkataan Allah, dia akan sebut. subhanaAllah , seems like he is used to it. Mesti mama Sohaib dah biasakan ayat2 Allah sejak dalam kandungan. Sebab tu saya sayang Sohaib.

Doa saya,semoga Sohaib menjadi anak yang soleh dan mukmin yang sejati. dan semoga saya sendiri dapat kids like him..sape tak nak anak yang solehkan? ;)













will he remember me?

1 comment:

  1. Salam teacher, sohaib ni anak yang sangat special. Sekarang dah ada adik perempuan bernama Hanaa yang mukanya sangat2 mirip dgn sohaib masa kecil. Skrg sohaib masih botak dan rambutnya jarang2 w/pun begitu tetap ke kedai gunting rambut mamak ikut abangnya sameer. Tak sangka sohaib ni sgt menjadi perhatian teacher hingga ada cerita tentangnya. Doakan sohaib jadi anak yang baik penyejuk mata dan hati. Terima kasih atas perhatian teacher terhadapnya. Minta maaf byk2 kpd anak2 yg pernah digigit sohaib.

    ReplyDelete