...He found you lost and guided you (93:7)

Friday, January 27, 2012

utk Awak-Awak : AURAT

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

awak-awak...
sekali sekala saya nak berpesan.
buat DIRI saya dan AWAK jua.
hari tu, awak kata awak sayang ayah awak.
my dad is my hero, Ayahku teman baikku dan segala bagai
tapi nape awak sanggup biarkan ayah awak masuk neraka.
mungkin awak tak perasan
tapi semua ni hanya
gara -gara awak tak tutup aurat dengan SEMPURNA
cam gitu ke cara awak tunjukkan 'kasih sayang' awak pada ayah awak? 



kalau awak betul2 sayang ayah awak, tutuplah aurat dengan sempurna . 
secara tak langsung awak dah tunjukkan KASIH SAYANG awak pada ayah awak :)


mungkin pic ni kecik skit, awak click ye

awak-awak,
dalam al Quran, Allah s.w.t sudah mengingatkan kita.
mengenai KEWAJIPAN kita menutup aurat.
saya tahu mesti awak pun dah TAHU
takpelah kite ulang ya.
surah an-Nur: 31

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… 

jadi awak, nak tak nak kita kena TAAT kepada suruhan Allah.
Tuhan yang menciptakan kita.
lagipun,ingat tak yang awak dan saya sama-sama nak jadi wanita yang terbaik,
khairunnisa :)

awak-awak
sebab saya sayangkan awak jugalah,saya kene bagitahu, tegur awak
sebolehnya saya akan berhikmah supaya awak faham.
awak faham,kan..kan..kan???
MAAFKAN saya ye awak kalau awak terguris.
kite kan kawan,
dan saya pun SAYANG awak macam saya sayang diri saya.
dan saya nak awak tahu, bila SEKALI awak dah jadi kawan saya didunia, saya nak selamanya sehingga ke syurga.
inshaAllah.kita sama belajar dan ambil iktibar ya awak :)






awak jangan lupe click ni skali




p.s: awak-awak pasti tahu siapa diri awak :) uhibbuki lillah. kite same2 berubah jadi lebih baik ~

Sunday, January 15, 2012

"cari PITIH banyak2"

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

untuk berjayo dalae hidup ni,kito kene cari banyak pitih (DUIT)

itulah pesanan terakhir Pok Nik, ayah kepada Nik Nur Madhiah sebelum mengakhiri sesi temu bual di ikim.fm,apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan anak2 nya,. biar betol Pok Nik??? does duit really matter nowadays?Hmm Memang betol lah itu rahsianya, tengok, semua anak2nya, selain Nik Nur Madhiah pun berjaya belake. Anak keduanya sedang menuntut dalam bidang engineering di UTHM, yang ketiga sedang bersekolah dan mendapat tajaan PNB, dan yang keempat pun is on her way to success,bersekolah di Maahad Muhammadi KB.

DUIT.........

D : DOA
U : USAHA
I  : ISTIQAMAH ( dalam beribadah)
T : TAWAKKAL

itulah maksud sebenar D U I T bagi Pok Nik sekeluarga.kalau camtu, jadi mata DUITAN pun tak salah.DUIT yang mendekatkan diri kite kepada Allah dan akhirat.subhanaAllah.and yes, itulah sebenar-benar kunci kejayaan didunia dan akhirat:D



allahua'alam

p/s: nampak x banner sape kt blkang diorang dalam pic tu.inshaAllah akn bjmpe ust zahazan and friends at konvensyen fiqh ummah soon.:)

Friday, January 6, 2012

Sohaib Faris

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

aiyoyo. Sedang asyik menulis laporan project co-digestion of food waste and cow manure tadi, tetiba saya terasa rindu kat seorang budak nih. Dah masuk lebih kurang 3 bulan saya tidak bersua dengannya. Rindu yang teramat . Seorang budak yang botak,bulat,boy,boroi dan punya hobby mengigit kawan-kawan selain makanannya. Hihi Owh my fav boy,Sohaib bin. Faris. rindu......


Sohaib Faris..(namanya reminds me of....)
Sejak hari pertama saya berkerja sebagai pengasuh, saya sudah "target" yang Shuhaib is no ordinary boy. Lagi2 dia BOTAK, lain daripada yang lain. Sepanjang dua bulan saya berkerja, saya dapati Shuhaib sangat mudah diurus dan tak banyak ragam. Time makan, he'll put himself at the first saf, bersiap untuk disuap.Tidak seperti yang lain,ada yang masih berkejar-kejaran sdg rakan taulan. Dengan kite2 sekali berkejar-kejaran nak menyuap nye:) Mula-mula kerja berkejaran lagi, tapi dekat seminggu saya tak join dah.lenguh den gitu,,hehe So nak tak nak memang  saya akan menyuap Shuhaib dulu at most of the time. Saya masih ingat bagaimana jelesnye Shuhaib if saya utamakan kawan2nya dari dia sewaktu menyuap. Mesti dia "mengganas" dengan menepis tangan saya time saya nak suap budak lain, protest. Hmm yang ini agak notti tapi saya suka, sebab tandanya, dia nak perhatian saya :)
Plus Shuhaib ni sangat2 murah dengan senyuman.see...hensem kan.


                                                           
                                                                    rinduuu



ala comey2..nak ape?

peace!


tidur pun ade pose si Sohaib ni :)



Sohaib n Imran


Hati mana tak senang bile melihat telatah si Sohaib ni. Kadang2 penat berkerja seharian tak terasa kalau in the end dapat habiskan masa bermain dengan Sohaib. Sangat fun. Kadang-kadang bila ayah Sohaib datang nak ambil waktu habis kerja, rase berat je nak bagi Shuhaib.huhu Owh ya ibu Sohaib seorang ustazah dan ayah nya seorang pengarah kat PTS Islamik publication.

Sohaib dan bro nye, Sameer

 Walaupun Sohaib tidaklah senakal mana jika dibandingkan dengan rakannya yang lain, tapi satu tabiat Sohaib yang agak bahaya ialah, kesukaannya mengigit budak lain. Siyes, naik lebam juga si Mangsa bila digigitnya. Kebanyakkan pengasuh kat sini tak suke la camtu, sebab nanti ramai parents komplain. So, ade yang marah Sohaib.come on la, he's just 1 year and ++ ! Tapi since saya ada, he's mine. Saya akan sentiasa pay my greatest attention to him. Bukan bias, tapi kasih sayang kan tak ley nak tipu.

sukee sgt die mengigit..haipp!

Satu keistimewaan Sohaib ( sebenarnye...banyak laagi ) ialah bile saya pangku dia, saya bisikan zikir or azan, he seems to respond to it. Selalunya time petang2 la , sambil tunggu Baba Sohaib datang, we'll spend much of the time together. Senyap,diam,tak bergerak langsung,sangat fokus Shuhaib bile dengar zikir, kemudian perlahan2 dia akan cube mengikut. Lagi2 bile dengar perkataan Allah, dia akan sebut. subhanaAllah , seems like he is used to it. Mesti mama Sohaib dah biasakan ayat2 Allah sejak dalam kandungan. Sebab tu saya sayang Sohaib.

Doa saya,semoga Sohaib menjadi anak yang soleh dan mukmin yang sejati. dan semoga saya sendiri dapat kids like him..sape tak nak anak yang solehkan? ;)













will he remember me?

Monday, January 2, 2012

pasrah

i will do my BEST and let Allah do the rest








usaha


sabar


redha


tawakkal......