...He found you lost and guided you (93:7)

Friday, November 18, 2011

ini baru betol2 HENSEM

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum 


(credit :syahirul.com)

*berakhlak dengan akhlak al Quran*

:)

p.s: take 5 jap.dah2 najwa gi sambung study.in the mode of test utk geotechnical engnrg.doakan ya kawan2.

Thursday, November 17, 2011

a love story

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum


Saidatina Khadijah bin Khuwailid, isteri baginda SAW tercinta. Serikandi Islam yang bertakhta di hati Baginda s.a.w. Seorang wanita yang  bukan sahaja sanggup menghabiskan seluruh harta bendanya demi Islam, malahan juga tulang temulangnya. Suatu ketika, tatkala Saidatina Khadijah r.ha pada ketika itu sedang nazak. Nabi S.A.W. memangku tubuh isterinya. Tatkala melihat dada Khadijah yang berombak-ombak dalam keadaan sakaratul maut itu, Nabi pun bercucuran air mata kerana tidak sampai hati melihat penderitaan isteri kesayangannya. Khadijah yang lemah itu, dengan suara yang perlahan berkata kepada Nabi SAW:



"Wahai Muhammad, sekiranya kamu perlukan, kelak nanti kamu ambillah tulang-temulangku, kamu jualkan di pasar dan dengan wang yang diperolehi, gunakalah ia untuk membantumu dalam menegakkan agama Allah."



subhanaAllah

inilah sebenar-benar cinta.

buat agama

demi membantu perjuangan suami tercinta

~sweet~

hati mana tak terusik. Terharu,tatkala sehingga ke penghujung nyawa, hati masih ingin berjuang menegakkan kalimah "la ila ha illaAllah". Khadijah, permaisuri hati Rasulullah s.a.w. Wanita yang menjadi "backbone" kepada perjuangan Rasulullah s.a.w. Susah senang dugaan,ujian ke atas Rasulullah s.a.w, dihadapi bersama. Semata-rata utk meraih redha Allah.Sungguh kisah cinta mereka bukan sekadar cinta duniawi,tetapi cinta yang membawa mereka sehingga ke syurga yang abadi.  Selawat dan Salam buat junjungan mulia,Rasulullah s.a.w. Perjuanganmu memberiku dan sekalian umat peluang untuk hidup dalam nikmat Iman dan Islam.

wallahua'lam

sakinah family


p/s: ku ingin berjuang,namun batasannya tetap ada,jadi ku lebih memilih utk menjadi seperti khadijah,menjadi tulang belakang seorang pejuang,dan melahirkan zuriat yang berjuang dijalanMu.fisabilillah.amin. Allahumma habbib abdaka haza ili i'badikal mukminin.amin~