...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, February 6, 2011

say NO to this!

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum 
life is full of hustle and bustle,but dont ever feel down
 Allah is always there for you :)

InshaAllah hari ni saya ingat nak berkongsi tentang satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini. Tabiat yang kita tak nak buat tapi al maklumlah,manusia biasa yang lemah.Mudah sangat TERbuat.Include me. Perbuatan yang saya maksudkan ialah suka mengata orang a.k.a lebih popular known as mengumpat.

Usually kebanyakan orang mempunyai different thought sal mengumpat ni. Sometimes,orang akan bercakap cam gini:

"Aku bukan nak mengata ... tetapi nak berpesan la takot2 korang terkena sekali dengan dia.."
"Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
"Aku rasa bersalah gak nak cakap sal hal ni, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Segala macam apa pun alasannya,pokok pangkalnya mengata juge namanya. Seperti gak kita nak beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah diketahui orang.

bak kate pepatah orang kampung saya, prevention is better than cure. Jadi apakah petua-petua untuk kita mengelak mengumpat

Ibnu Abbas pernah berpesan -

1)Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2) Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3) Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.


 4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

Banyak padahnya kalau kite mengumpat taw.Pernah korang perasan dan hadapi keadaaan camnih. Antara kesan atau implikasi mengumpat includes:

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

mashaAllah.bila koreksi diri,memang rasa terkena atas batang hidung sendiri dengan apa yang saya tulis nih. Namun, kita sebagai manusia,sememangnya fitrah untuk memiliki sifat-sifat camnih. Tetapi berbekalkan dengan iman dan takwalah kita mampu memandu hati dan diri untuk menghidari perbuatan maksiat ni. Everyone is a sinner (exclude our Prophet Rasulullah s.a.w) ,and it doesn't matter how many sins we commit, Allah The Merciful and Forgiving is available for each of those who repent with a purity heart.inshaAllah. semoga yang baik kita ambil sebagai pengajaran dan teladan.

wallahua'alam~

p/s: orang yang rajin memaksa diri untuk berubah,tetapi orang yang kureng rajin berubah apabila dipaksa.berubahlah kearah kebaikan walau sedikit:)




minum hot choco lg besh!

No comments:

Post a Comment