...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, December 18, 2011

SHARING is CARING

bismillahirrahmannirrahim & assalamualaikum :)
~selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w dan ahlul bait~

Biasanya tagline sharing is caring tu da lame, sehinggakan sekarang ada yang menambah ...but not everything. Hurmm, indeed true in some certain point. Tapi kan, kalau kite share something dengan orang, dapat topup pahala tau,dengan syarat kerana mengasihani saudara kita lillahittaala=) Memang tak rugi punye. .Contohnya, pada suatu petang, yang bahangnya terasa ibarat sejengkal dari kepala (it's normal weather back here at trgnu), kite ade beli air mineral,yang sejuk gitu. Then nampak kawan tercungap-cungap datang kelas duduk sebelah kita.Offer her some drink, kerana KASIH. Ibarat sedingin air mineral yang membasahi tekak kawan kita itu, begitulah kasih kita kepada makhluk Allah, insan yang bernama SAHABAT:). (Teettt, this is applicable for female friends only, exclude the male counterpart keyh, melainkan da kahwin. Lain cite) 
Takpun satu lagi contoh, kita tengah buat assignment ni, then ade kawan kite ni tengah pening kepala buat mind boggling punya soalan. Kita punya ni dah siap , so go to her, share la jawapan kita kat dia, kasi penerangan steps to answer, atas niat ihsan sesama sahabat kerana Allah.inshaAllah:) . (kalau dalam test, keadaan camni, boleh juga kan tolong kawan.kan?? ). when it comes to share knowledge, jangan kupik ( kedekut ) sebab ilmu tu bukan kite punye. Otak kite ni yang sebesar gengaman 5 jari cuma dan akal kite ni tak de apa pun jika dibanding kan dengan kebesaran Allah. Banyak lagi la cara-cara untuk kite habituate share dalam life kite.Plus ilmu ni pun ilham dari Allah kepada kite.subhanaAllah.
 Bila cakap sal sharing ni, teringat satu kisah sirah perihal sharing ni. As was shared by Dr. Marzuki, in the previous lecture . Pernah suatu ketika, pada zaman pemerintahan Saidina Ali (karramaAllahu wajhah) sebagai khalifah, satu kes masalah pembahagian wasiat berlaku. Ada seorang pakcik yang telah meninggal dunia telah mewasiatkan 19 ekor unta kepada tiga orang anaknya, 1/2 untuk putera sulungnya, 1/4 untuk putera tengahnya dan 1/5 untuk putera bongsunya ( sengaja pak cik tu wasiat dlm fraction, nk uji kemahiran math anak-anaknya) Unta-unta tersebut mestilah dibahagikan sama rata seperti diwasiatkan, secara sempurna segala fizikal badannya.


smiley unta, source: google

Lalu berlaku sedikit salah faham di antara saudara bertiga dalam pembahagian. Melihat permasalahan tersebut, Saidina Ali r.a secara kreatifnya telah share seekor untanya sendiri kepada saudara bertiga itu. Dengan adanya seekor unta Saidina Ali, melengkapkan jumlah keseluruhan unta sebanyak, 20 ekor. Lalu dibahagilah unta-unta tersebut mengikut wasiat:

1/2 x 20 = 10 ekor
1/4 x 20  = 5 ekor 
1/5 x 20  = 4 ekor
  Jumlah = 19 ekor

Tadaa!! Dengan itu, selesailah pembahagian unta-unta tiga saudara tersebut,dan Saidina Ali still dapat balik unta dia sebab, in the end pembahagian unta tu, still have the total of 19 ekor unta.subhanaAllah. see, how amazing Allah's plan is. Jadi mulai hari ini, kite same-same berazam untuk memberi ape jua bantuan, pertolongan dan kata lain share ape yang kita ada dengan orang lain. Share bakal suami? ermm , anything well do except that ( tak strong lagi nak berkongsi kasih dgn org lain) That's all for today. live life to the fullest.inshaAllah :D


wallahua'alam.


~dedicate to my bff a.k.a soulmate, Ain Shaari~

Friday, December 16, 2011

:)

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

Kadangkala tak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala... cuma DIAM. 

Kadangkala tak perlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan... cuma SENYUM. 

Dan kadangkala tak perlu apa-apa untuk meraih cinta... cuma DOA.


Diam, senyum dan doa adalah kerja mudah yang payah tanpa 

hati yang ingat ALLAH




 word of wisdom yang di update oleh Ustaz Pahrol tadi. sangat postive dan inspired me well. inshaAllah, as days goes by, kite aim kan perubahan yang baik dalam diri kite untuk mencari redha Allah. doakan saya :D ~

Friday, November 18, 2011

ini baru betol2 HENSEM

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum 


(credit :syahirul.com)

*berakhlak dengan akhlak al Quran*

:)

p.s: take 5 jap.dah2 najwa gi sambung study.in the mode of test utk geotechnical engnrg.doakan ya kawan2.

Thursday, November 17, 2011

a love story

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum


Saidatina Khadijah bin Khuwailid, isteri baginda SAW tercinta. Serikandi Islam yang bertakhta di hati Baginda s.a.w. Seorang wanita yang  bukan sahaja sanggup menghabiskan seluruh harta bendanya demi Islam, malahan juga tulang temulangnya. Suatu ketika, tatkala Saidatina Khadijah r.ha pada ketika itu sedang nazak. Nabi S.A.W. memangku tubuh isterinya. Tatkala melihat dada Khadijah yang berombak-ombak dalam keadaan sakaratul maut itu, Nabi pun bercucuran air mata kerana tidak sampai hati melihat penderitaan isteri kesayangannya. Khadijah yang lemah itu, dengan suara yang perlahan berkata kepada Nabi SAW:



"Wahai Muhammad, sekiranya kamu perlukan, kelak nanti kamu ambillah tulang-temulangku, kamu jualkan di pasar dan dengan wang yang diperolehi, gunakalah ia untuk membantumu dalam menegakkan agama Allah."



subhanaAllah

inilah sebenar-benar cinta.

buat agama

demi membantu perjuangan suami tercinta

~sweet~

hati mana tak terusik. Terharu,tatkala sehingga ke penghujung nyawa, hati masih ingin berjuang menegakkan kalimah "la ila ha illaAllah". Khadijah, permaisuri hati Rasulullah s.a.w. Wanita yang menjadi "backbone" kepada perjuangan Rasulullah s.a.w. Susah senang dugaan,ujian ke atas Rasulullah s.a.w, dihadapi bersama. Semata-rata utk meraih redha Allah.Sungguh kisah cinta mereka bukan sekadar cinta duniawi,tetapi cinta yang membawa mereka sehingga ke syurga yang abadi.  Selawat dan Salam buat junjungan mulia,Rasulullah s.a.w. Perjuanganmu memberiku dan sekalian umat peluang untuk hidup dalam nikmat Iman dan Islam.

wallahua'lam

sakinah family


p/s: ku ingin berjuang,namun batasannya tetap ada,jadi ku lebih memilih utk menjadi seperti khadijah,menjadi tulang belakang seorang pejuang,dan melahirkan zuriat yang berjuang dijalanMu.fisabilillah.amin. Allahumma habbib abdaka haza ili i'badikal mukminin.amin~

Thursday, August 18, 2011

i'm back! prt 1/2

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

hai kawan2 :) lama dah tak jumpa. rasanya kali terakhir saya update blog dalam dua bulan yang lepas. maklumlah dengan kesibukan kerja hari tu dan dengan lappy yang kene masuk "hospital", jadi saya tidak berkesempatan untuk meng"update" blog. alhamdulillah ade jgk kesempatan hari ni. macam2 berlaku sepanjang waktu tu. InshaAllah suka duka waktu tu ade hikmah disebaliknya :) walaupapepun Alhamdulillah, saya masih berpeluang untuk menjadi tetamu Ramadhan kali ni.syukur. dah masuk hari ke-18 saya kira kita berpuasa kan? Moga2 setiap hari amalan kita yang diangkat diterima Allah dengan rahmatNya, inshaAllah.

sebenarnya, saya agak kesuntukan masa nak menulis entri.Ni pun atas belas ehsan Abelong, dapat online kejap2. Tapi nak share juga some"little"things time 2 bulan yang lepas. Cuti baru2 ni, Alhamdulillah diizinkan Allah untuk berkerja. For the first time! Agak thrill and excited gak la. Hmm kerja ape?Well obviously not as an executive manager or officer la of course, but as a  BABYSITTER. Being a babysitter is not as easy a ABC,123 tapi sincerely requires tremendous patience. Plus, bersabar je belum cukup untuk melayan kerenah adik2 (ehhh adik? cam muda sgt lak, erm anak2 seusia 2-6 tahun ni :) ) . Selebihnya , saya kene faham kerenah anak2 ini setiap seorang secara psychology. Tapi best yang tersangatlah sebab kene dengan jiwa. Suke budak2 yang baik :).

 Most of the time , saya ada 40+/- orang anak jagaan. Teringat kate2 seorang kawan ni, dia ada bagi pandangan about handling kids. First day biasa la kan, nak fit in dengan dugaan ni needs time sikit. So dia punya nasihat " kite kene follow kehendak budak2, bagi je ape yang budak suka ". Hurm boleh terima ke suggestion camni? Takpela, dah kawan suggest. Cubela. Consequently, it doesnt work at all. FAILED I guess. Kalau nak tahu kenape, wait untill you have your own kids:)

mari belajar!

cam tau2 je nak amek pic.bijak..bijak

Luckly my everyday experience mingling around with them, naturally teaches me on how to manage them. Yeah, mereka sangat aktif,a bit naughty dan mereka sangat sukekan MAKANAN esp CARROT! Tipulah kan kalau cakap berkerja ni tak penat but ni la advance being a babysitter. Keletihan seharian melayan kerenah anak2 jagaan ni kadang2 vanish bile di entertain dengan telatah mereka. Ada yang waktu tidur nak melompat2,ada yang waktu makan, xnak makan tapi nak gigit kawan,rebut2 suapan tu biasela. Tak menang tangan nak menyuap. Mujur adakalanya saya dibantu seorang lagi pengasuh, samaada  Nora or Mak Ya untuk sesi menyuap. Untuk time tidur, budak2 lebih suka untuk diusap dan didodoi semasa baring. Cume ada sebahagian dari mereka yang terus lentok bila dapat botol susu. Senang kerja kalau semua budak camni. Tapi inilah uniknya ciptaan Ilahi, setaip anak Allah jadikan istimewa.



khusyuk tgk boboy boi



It's been 2 weeks since I haven't heard their laugh and cries. Ya, saya rindu mereka semua. Anak2 jagaan saya yang cukup come  semuanya. Got to put a fullstop now. InshaAllah will be back later. owh ya , dengan berbakikan lagi 12 hari je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita, saya doakan semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam meningkatkan mutu ibadah,semuanya lillahitaala inshaAllah.tata :)

wallahualam

Sunday, May 29, 2011

untukmu yang bernama Wanita


bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum

Anugerah Allah Kepada Wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.'



2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.



4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).



5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”



6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”


7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”


10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia  dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya  ia  mentaati perintah tersebut  dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

source:iluvislam.com

 saya jumpe artikel ni waktu selongkar file-file artikel Islamik lam lappy. InshaAllah, saya harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat menyemarakkan semangat kite untuk menjadi wanita yang terbaik di sisi Islam. Banyakkan pemberian Allah kat "kite" yang bernama wanita. Lagi seronok kalau dapat meraih gelaran wanita solehah. Yup , semua wanita mengimpikan gelaran tu, termasuklah diri yang menulis.So, jom kite baiki diri sentiasa untuk menjadi yang terbaik. Dan yang terbaik itu semestinya yang terbaik dimata Allah.berubah,lillahita'ala :)



ost: bidadari-hijjaz

Friday, May 27, 2011

happy 48th birthday Mok =)

bismillahirrahmanirrahmi & assalamualaikum



Sanah helwah! Happy Birthday! Selamat Hari Jadi ! Saengil Chukha Hamnida !
buat ibunda tercinta
Rahanat Abd Kadir
masih baik,solehah,penyabar dan cantik
itulah ibu saya!

alhamdulillah.saya masih lagi bertuah seperti tahun lepas. Masih diizinkan Allah untuk turut serta meraikan ulang tahun kelahiran queen of my heart yang ke 48. Walaupun tahun ni, no more choco indulgence, serba simple sambutannya, yet it was fun.Tahun ni memandangkan bajet kurang, kak tak dapat nk bagi present  yang grand2 buat mok, cuma kak yakin,tahun ni salah satu hajat mok sudah ditunaikan Allah dan itulah hadiah yang tak ternilai harganya. Alhamdulillah, keesokan harinya (26.5.11) mok akan menunaikan umrah ditemani Che' Su, my aunt. Dan pada hari tu juga, birthday adik bongsu kesayanganku, Mukhlis. Takpe Lish, mok pergi beribadah,perkara yg disukai Allah,so we should be proud of Mok. [walaupun diri sendiri sebak,keberatan utk berpisah dgn mok =,=! ]


bertuahnya mok sebab menjadi tetamu Allah untuk perform umrah.Nak pergi gak.huhu beberapa hari lepas, saya & soulmate, Ain turut bercadang utk perform umrah same2, andai masing-maisng masih "sendiri" :) janji ea Ain :)
 Like usual,selalunya kalau ada orang pergi Tanah Suci Mekah, mesti ada kiriman doa. Ramai juga rakan guru mok mengirim helaian doa2 buat keluarga,anak,dan sebagainya. Likewise saya pun turut mengirim doa. InshaAllah bile berdoa kat sana lebih afdhal dan mustajab kan? List of doa tu saya yakin pasti mok doakan sepanjang disana.

Doa untuk keberkatan
Doa untuk kejayaan
Doa untuk jodoh
;)

Kakak doakan semuanya dipermudahkan mok. That's the grand present yg kakak boleh bagi kat Mok.Doa buat ibunda tercinta. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Bila seorang hamba bersungguh-sungguh ingin datang kepadaNya,pasti Dia akan membantu. Miracles can happen there.


wallahualam

my mother is amazing :D


Monday, May 16, 2011

happy teacher's day!

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum






It's 16th May today and I would like to wish 
HAPPY TEACHER'S DAY
to all wonderful and dedicated teachers and teachers to-be and lecturers worldwide
that have effortless,tireless teaching me
on knowledge beyond books,about life
May Allah repay all of your deeds with reward of Jannah 
amin 
:)
i love my schools and i miss my schoolmate,classmate as well


1996-1999


1999-2002


2002

Jan 2003-March 2003

March 2003-April 2004


April 2004-PMR 2005

2006-2007


2007-2008 ( 3 bulan je :) )


2008-2009


2009-onwards..


Friday, May 13, 2011

what happiness means to me

   bismillahirrahmanirrahim & assalamulaikum :)

In life,sepanjang 21 thn hidup, I've figure out that I am the one who need to pursuit for happiness. I'm not saying that life being unfair to me as all of the things that happen is within His order. It is just as one of the lucky servant of Allah, He choose me to be tested with challenges in terms of this. I need to put an effort to seek for happiness in life.One of the thing that I wish when every time I woke up is the strength of iman and taqwa to cope with all His assessment for today and in the future for the sake of  my family's HAPPINESS.

  Happiness is subjective. Different people might have different definition of it. As for me, HAPPINESS is when I'm gather around with my family within Allah bless and rahmat. When all seven of us are together with Mok, spending the time enjoying life as we should. Be grateful with all the nikmat that were given to us. Alhamdulillah. All I can say is thank you Allah for tonight.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Only from You O Lord I bestow for forgiveness on behalf of my sibs and Mok and Ayoh. I have such a great time with them o Allah. I bet this will be a fond memory before Mok left us next week,to be Your guest at Baitullah.

amin2x



 There was a time when one of my friend share this vid at fb when I was totally down at that moment.After viewing,playing the video, I was really touched by the tazkirah and burst out tears. Tears of ashame of myself for being such a weak when encounter His test. I'm a human being like others, with feelings. But O Allah with Your light and iman, guide me up to be strong. I need to be strong and from You I seek the strength.amin 





"syukur itu maqamnya lebih tinggi daripada sabar"


p/s: semoga Engkau pertemukanku dengan seorang yang boleh membuatku sentiasa tersenyum dalam mematuhi syariatMu.amin~
.

Monday, May 9, 2011

What A Day..pheww~

bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum

this is a delay entry. Why did I say so? well actually, I purposely want to write about my first day of this semester break,the previous Saturday. Of course laa it's the happiest day in my life ( plus, I already withdraw from all db8 tournament ), yay!! and  FYI ,that first day was the longest day in my life. Why? So many things have happened in just that one fine day! And I treasure those every moment :)

5.08 am - Alhamdulillah.safely arrived @ Putra station. Those 6 hours journey was like a year travelling. How I wish to be home that quick. My mok picked me up since my Ayoh left for an outstation. This is a history because my mok never have the guts to ride this far. She used to ride around Gombak area, in the radius of my house only!

7.30 am - after having some chat with my mok and sibs and a compulsory Subuh prayer, I took a nap, a long, good one. Need to let all those journey tiredness fade away. So I think you can guess at what time I awake. hehe. dont want to mention it here. But I awake before noon keyh. Have good enough rest.

8.30 am - my Mok woke me up, telling me that she have some "homework" for me before she left for an Umrah workshop at Masjid As Sobirin. After I've settle those homework and off I go back to those dream I've made before.hehe My mok left with Mukhlis, my lil bro,also have to attend the school fair and he was soo eager to visit  Rumah Hantu.

3.00 pm -my Mok came back home alone. She's a bit pissed off because Mukhlis didn't wait for her at the gate he used to.Mok have waited for him since 12++pm, poor mok,she guessed that my lil bro still having fun playing around with his friends.Furthermore, he do asked Mok's permission to go to his friends sister birthday party at Ukay Bestari. But still Mok insisted him to be at school around twelve. I understand how tired my mok was, so when Mukhlis still playing around at that hour. Mok must've be exhausted. This morning she woke up before 5 and she even haven't had her lunch yet.huhu.

4.10pm -together with Mok, we've prepared some food for Sarah. Yup,next my Mok would  like to bring me ands sibs to pay a visit at Sarah's hostel because I haven't met Sarah yet. We've even neglected to have our lunch since we're running out of time.Must visit Sarah at the given visiting time.Thank goodness Sarah's school was at Sg Pusu, so its not that far. Mukhlis haven't even called Mok. I thought this time Mukhlis have gone off the limit. Actually mok planned to have lunch together, dine in somewhere but without Mukhlis, I think it was incomplete. Plus Mok is damn worried about him.Aduish, maen2 sampai tak igt umah lak die. Before going to Sarah's school, Mok drop by at Mukhlis's school , searching, but there is no sign of him. We ronda-ronda about 2-3 times around the school compound,looking for him, but hopeless, he's not there. Mok guess that maybe Mukhlis have gone somewhere else, to the AU4 Park and perhaps to Masjid AsSobirin with his schoolmates to continue their playtime till the evening =,=!

6.00 pm - back from visiting Sarah, we've plan to have our meals, but those anxiety keep rushing down in Mok bloodstream. I know how worrried my Mok was. So, again put aside about meals and again we search Mukhlis at the school compound. And still, he was untraceable. As Ayoh reached home that evening, mok split out with Ayoh for the searching part. At that moment , keadaan kat skola dah lenggang sikit, yela tadikan ade school fair kan, agak kelam kabut dengan macam2 gerai. Suppose all students were home at that time, but no signs of Mukhlis. Abelong and Jay begun to pissed off whereas Jah,Najah and me were deadly worried.

7.18 pm- we search for Mukhlis all over the place. From his school back to Masjid As Sobirin,then to AU4 Park, to his friends house but hopeless. My Mok try to reached him from his birthday party friend in case if Mukhlis was still at his house, but when everytime Mok's called, a little girl hung it up. Mok even didnt have the chance to ask her. As she was too small ( around five, i guess) and beware from stranger call, I thought. lol!! Maghrib arrived and still we're on the road with hope.My stomach begun to sing the song of hunger, but I sympathy for Mok more.huhu so if she can hold on,so does I!

7.40 pm- we dropped by at Masjid Al Hidayah to perform Maghrib prayer. With full of hope, we pray and bestow to Allah that Mukhlis is fine. I've started to worry so much. From cases of missing children  that I know, many things can possibly happen, Mok was like reading my mind,thinking the same thing. But never lose hope from Allah's help. This is a challenge to justify our faith.Hold on Mok!

8.00 pm - got the phone call from Ayoh informing that Mukhlis have safely arrived home, bringing along some birthday goodies. His friend's mother have send him back home. Alhamdulillah, what a relief I thought. All those horrified, terrible flash forward thingy dissipates from me.Luckily Ayoh doesn't scolded him ( I wish that wont happen either.fuuh) . But one more thing that play in my mind, I mean a kindly, wise reminder at the mother, kalau betol la nak sangat birthday party anak die happening, kenape la tak nak inform dulu kat mak ayah budak nak "pinjam" anak bawa pegi party. At least if she infrom ape2, tak de la havoc camni. But well, let bygone be bygone. It happened. What is more important that Mukhlis is fine and Mok cheer back.

8.45 pm - alhamdulillah, hajat untuk makan ramai2 ( exclude ayah and Sarah ) was granted!I pekene oriental chicken chop and choco ice blended at Kafe Fatehah. The food was superb and sumptuous! double thumbs up! Lunch + dinner, you can guess how my craving works.hehe It's been ages since I ate food at Kl.lol!!.ye la kan, lame bebenor tak balik umah. Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

It was a tiring day I can admitted yet adventurous one. Hehe. but I wish not to have repetition on it. Mukhlis missing is something that I cant imagine and without him drive me and Mok and everyone crazy. The baby of my family. Kakak sayang  Mukhlis tau! It gonna be 4 months holiday, unknown day and experiences awaits me, ya Allah please lighten my burdens and ease my steps. I vow to make this break the best break ever. I wanna be good to all and fix the bad in me.aiming for a better Najwa.amin :)
to be with family is the zenith of happiness :)

ost: yesung,Super Junior- it has to be you

Thursday, May 5, 2011

something wrong somewhere.MUST fix it!

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

manusia semamangnya mudah lupa kan? time rasa senang, happy sampai mudah aje lupa Allah. actually semua ni saya tujukan khas buat diri saya. Terasa maken jauh bangat. dush..dush..dush.. tumbuk sikit pipi, kenapa masih tak sedar ni. Am I senseless? Immune to sins? Owh NO! Oh Allah if it true, I beg you to give me back the feeling of being sinful so that I always bestow for Your forgiveness and find my way back. Repentance in this briefly time :(
mashaAllah.
i feel so not calm. Even in the sea of friends,smiling,laughing, I feel that I've missed something
ya Allah
jika kegembiraan,kesenangan ni menjauhkan aku dari tautanMu, ku lebih dambakan tautanMu, dan hamparan pengampunanMu. huuhu.
dekat disisi penghuni bumi tapi jauh dari ilahi
tiada gunanya. sebab yang Maha Kekal itu Allah.dan segalanya MilikNya
tiap-tiap hari kau bangun,banyaknya dosa-dosamu,Najwa Mat Yasin, tetapi siang dan malam pengampunan Allah sentiasa ada utkmu, aib-aibmu Allah jaga. so where is your sign of gratefulness, Najwa? dont let Allah put you astray because when it happens, you will lose your path of life :(


ost :ingrid michealson- the way I am 

p/s: ku pohon kepadaMu ya Allah kurniakan kpdku dan kpd dia hidayahMu.tiada yg memengang hati2 hambaMu selain dariMu ya Ilahi. impossible is nothing, even the hardest stone do change by water drop with time, apatah lagi hati manusia...kan..~

Saturday, April 16, 2011

teruskanlah

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum



esok secara rasminya bermula final exam.
 Walaupun my first paper begins on this Thursday
tapi saya nak wish all the best 
for calon-calon yg ambik paper esok
moga-moga preparation da cukup
mungkin masih ade kelompongan
masih ade chapter yang tak dicover sepenuhnya
tapi usah khuatir
usaha sudah cukup maksimum
apa yang penting sekarang
ialah melangkah ke dewan 
dengan penuh pengharapan pada Allah
inshaAllah bila Allah redha dengan kita
dengan usaha yang kite pulunkan selama ni
pasti kite akan yakin dengan pertolongan Allah
plus masih ada kiriman doa dari ayahanda dan ibundah dan lecturer2 tercinta
melangkah lah dengan yakin~

dan pesanan bagi diri ini yang paper starts @ 21/4 ni, teruskanlah study dan study dan study. Speed up and act with the most optimum effort for the balance 4 days to go for first paper. Bagi saya, there is no such a thing as last minute study. Last minute or early minute ( ade ke?) study, kite tetap study. berusaha sampai ke saat terakhir:)  Cume mungkin bagi yang dah bace notes dari awal sem,( lepas habis je lecture,revise balik at that same day)  diberi kemudahan untuk mengingati dengan senang berbanding yang tidak BUT no worries. Allah sentiasa ada untuk membantu dan selayaknya Allah yang menilai usaha kita.smile :)
"senjata" lam exam hall nanti .BANG BANG :)
 Yang PALING3  penting, sepanjang kite beusaha untuk menuntut ilmu,kite kene berusaha juge untuk menjadi insan yang beriman dan bertaqwa. Sebab Allah dah janji, hanya org yang bertaqwa kan mendapat jalan keluar dari jalan yang tidak disangke2 kan. Hmm may Allah give the best in me. Walaupun mate makin lebam cam kene pukul dengan mafia, kulit makin gelap dek terikan matahari but that is the price I've got to pay for success and it worth it.. perbetulkan niat, lillahitaala.inshaAllah semoga dipermudahkan .amin~

ost: MiSK-jodoh & takdir ( siyes mood kawen   study dtg bile dgr )

Thursday, March 31, 2011

PNC 2011: a precious experience from Allah

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum

my desktop clock was ticking about 3 am in the morning and that W.O.W effect that a hot cup of Nescafe affected me soo well. I dont feel slumber at all but a bit dizzy. Well last nite, I've went through storms and rain to get to Auditorium Mahyuddin FPE to witnesses the PNC 8th debate finale. The truth is, hehe I just want to know my team verdict . After all, we've made it till semi-final, and ok what.Still got the potential to get 4th or 3rd place and with open heart,we accept what ever was meant for us


 alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

all praises to Allah 



:)

for the second time I participated PNC, alhamdulillah get the chance to merase la dpt piala tempat ke-3

ngee3..

and the prizes are



 a 4GB pendrive and a motivational book. ok la kan after all we're not after the prizes but the satisfaction and the most important is the teamwork spirit that we've inculcate throughout the tournament right guys ?

 ;)



and...jeng..jeng..jeng.this is my Entech debate team. Both of BM and English team won the 3rd prize. and surprisingly, all of them were my freshman. I was the only senior to participate this debate for Entech team.No wonder I look "fresh" as well :)

credit to my teamates: Faraheen, Bob, and Sam  for the hardworking,supportive times we've been through. I'll cherished  the moment we've spent together that day.may Allah bless all of ya.amin 

kerana Allah yg telah melancarkan tutur bicaraku,segalanya milikMu
~Wallahualam~

Sunday, March 27, 2011

bile rindu

bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum


alhamdulillah. hari ni masih lagi bernafas di bumi Allah.
alhamdulilllah masih punya umur untuk beribadah kepadaNya
alhamdulillah hari ni masih lagi punya mok ayoh yang menyanyangi diri
alhamdulillah, hari ni masih punya abelong,Ja, Jay, Najah,Sarah,Mukhlis sebagai adik-beradikku
alhamdulillah masih lagi punya sahabat yang memahami dan menyayangi diri
alhamdulillah hari ni Allah membantuku menjawab test water treatment tadi

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

:)
sungguh..

nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan

Allah Maha Baik

merancang yang terbaik buatku

hamba yang tidak punya tempat bergantung melainkanMu

masa terlalu pantas

terlalu singkat untuk menghitung yang tiada, tidak dipenuhi

hargailah yang masih ada..

alhamdulillah, terima kasih ya Allah utk segalanya. Selama 21tahun 18 hari melalui detik2 bersama mok ayoh,adik-adik yang membahagiakanku.limpahkan segala kasih sayangMu dan rahmatMu keatas mereka di dunia dan akhirat..amin.

*homsick mood :( *
ost : i'll be,edwin mc cain

Friday, March 4, 2011

~inspiring talk for a thirsty soul~

bismillahirrahmanirrahim and assalamulaikum

Weekend had come to an end,which means I need to encounter another busy week. Btw guys, on this sunny,slumberous Saturday evening I would love to share some fillings. I've found this event talk by Sheikh Mufti Muhammad ibn Adam Al-Kawthar on youtube via Deenport.com. This talk was held at University of Liverpool in conjunction with the welcoming dinner for freshmen and surprisingly non muslim students were also there! [ kat dinner diorg ade ceramah agama subhanAllah,kat u kite,time dinner,ade ape ea.teett. ;)
My first impression when I rolled in the vid was the clear and precise words he used in conveying his speech,so it was well understandable. Even though,in  most of the part of his talk was related with medicine and Islam but it doesnt matter what field we are in, to seek knowledge is the obligation of all muslims.Likewise, in learning environment, I found out that there are too many things that I've learn so far that is well related with Islam. Hydrology,about the science of water,meteorology,science of atmosphere, and etcetera.And subhanAllah, when you enjoy learning, you'll will open your eyes to the wonders and magnificent of Allah's creation. Believe me, when you feel it, there is no way you think assignment,test,quiz is a burden for you because you'll try to do your best in understanding what you've learn as an act worship to Allah.

Enlightening inputs on his seven advises for students was inspiring me. It an one hour talk,so 
lets sit back and relax. Hope you enjoy your listening,inshaAllah it is beneficial for us to ponder. zaazz,layan :)


Sunday, February 6, 2011

say NO to this!

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum 
life is full of hustle and bustle,but dont ever feel down
 Allah is always there for you :)

InshaAllah hari ni saya ingat nak berkongsi tentang satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini. Tabiat yang kita tak nak buat tapi al maklumlah,manusia biasa yang lemah.Mudah sangat TERbuat.Include me. Perbuatan yang saya maksudkan ialah suka mengata orang a.k.a lebih popular known as mengumpat.

Usually kebanyakan orang mempunyai different thought sal mengumpat ni. Sometimes,orang akan bercakap cam gini:

"Aku bukan nak mengata ... tetapi nak berpesan la takot2 korang terkena sekali dengan dia.."
"Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
"Aku rasa bersalah gak nak cakap sal hal ni, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Segala macam apa pun alasannya,pokok pangkalnya mengata juge namanya. Seperti gak kita nak beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah diketahui orang.

bak kate pepatah orang kampung saya, prevention is better than cure. Jadi apakah petua-petua untuk kita mengelak mengumpat

Ibnu Abbas pernah berpesan -

1)Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2) Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3) Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.


 4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

Banyak padahnya kalau kite mengumpat taw.Pernah korang perasan dan hadapi keadaaan camnih. Antara kesan atau implikasi mengumpat includes:

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

mashaAllah.bila koreksi diri,memang rasa terkena atas batang hidung sendiri dengan apa yang saya tulis nih. Namun, kita sebagai manusia,sememangnya fitrah untuk memiliki sifat-sifat camnih. Tetapi berbekalkan dengan iman dan takwalah kita mampu memandu hati dan diri untuk menghidari perbuatan maksiat ni. Everyone is a sinner (exclude our Prophet Rasulullah s.a.w) ,and it doesn't matter how many sins we commit, Allah The Merciful and Forgiving is available for each of those who repent with a purity heart.inshaAllah. semoga yang baik kita ambil sebagai pengajaran dan teladan.

wallahua'alam~

p/s: orang yang rajin memaksa diri untuk berubah,tetapi orang yang kureng rajin berubah apabila dipaksa.berubahlah kearah kebaikan walau sedikit:)




minum hot choco lg besh!