...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, December 26, 2010

tahniah sarah

bismillahirrahmanirrahim..
disini kakak nak ucapkan tahniah buat adik tersayang, Sarah di atas kejayaan mendapat "A lurus" dalam ke-9 subjek yang diambil. semoga kejayaan pemberian Allah ini menjadikan Sarah semakin hampir kepadaNya. Walaupun mok,kakak,jah n mukhlis tiada disisi untuk berkongsi saat2 manis Sarah , tapi kami sentiasa mendoakan kejayaan sarah. Bagi kakak, tiada pemberian yang bermakna daripada seorang anak kepada ibu bapa nya melainkan dengan menguntumkan senyuman pada wajah mereka dan sarah dah berjaya berbuat sedemikian. Mok tampak gembira sebaik je Ust Hanisah bagitahu sal result Sarah  =) semoga Sarah sentiasa istiqamah dalam beramal dengan ilmu yang Sarah pelajari. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Dan menjadi satu adat dalam beramal untuk kita sentiasa beristiqamah ( err..ayat bebelit da)
PMR ni bukan lagi penentu siapa kita pada masa hadapan TETAPI jadikan ia sebagai penyuntik semangat Sarah untuk Sarah terus sukses dalam menuntut ilmu Nya.Ilmu itu bukan milik kita dan percayalah USAHA kita tidak sama sekali menentukan kejayaan kita. Semua ini dari Allah, yang memberi ilham ilmuNya kepada Sarah. Ikhlaskan hati dan yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang menyerahkan segala urusan kepadaNya.



ya Allah dengan rahmatMu jadikanlah maisarah mat yasin seorang anak,adik,wanita yang solehah. Masukkanlah dia dalam kalangan yang Engkau redhai dan rahmati. Bantulah Sarah dalam mencapai impiannya untuk menjadi seorang doktor muslimah. meskipun bukan aku yang Engkau pilih, pilihlah Sarah ya Allah amin



p/s: buat Najah, kakak sokmo2 mendoakan awk sukses SPM juge ^^ teruskan berdoa ye

2 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah wat sarah..k.ain doakan sarah success and do ur bez ye in da future..=)All da bez..

    ReplyDelete
  2. amin..doa dari wanita solehah cam mum mustajab kan =)

    ReplyDelete