...He found you lost and guided you (93:7)

Friday, November 26, 2010

sabar



Akhirat itu bukan sekadar keperluan iman tapi juga keperluan kepada psikologi. Orang yang dikhianati tenang bila tahu yang menzalimi itu akan diazab oleh Allah. Orang yg berbuat soleh dan baik kepada orang lain pula tidak akan sedih walaupun jasanya x dikenang kerana Allah lebih tahu segalanya dan ganjaran drNYA adalah lebih berharga. Subhanallah.  
sabar
sabar
sabar
sabar
sabar
sabar
sabar
Najwa


Allah Maha Adil 




p.s: tabahkanlah hati2 insan yang ku sayangi dan ku kasihi dlm menghadapi ujianMu ya Allah..amin~
      


Monday, November 22, 2010

tika itu =)

bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum 

kepada budak2 yang lahir pada 70-an /80-an/90-an
masihkah korang ingat masa sekolah rendah dulu :

kat sekolah ada salesman datang jual buku crite
warne warni, sangat menarik
cerita si kancil,cerita kura-kura dan arnab,cerita anjing dan bayang2nye
pendek kata, crite tu mesti berakhir ngan pengajaran la
hari ni salesman edarkn list, esok dah kene bagi duit.
balik umah, mintak duit ngan mak ayh
tetap nak beli jugak buku walaupun dah tahu jalan crite

cite y paling besh

kat library, mmg sume nmpk cam bace buku 
tapi sbenanye belek2 tgk gambar je
bile ade program Nilam
sume bizi, cari buku crite
tak main laa dua belas,belas-belas halaman je
cari novel siri penyiasatan 3 Sekawan
yang puluh2 halaman
tak bace pun sbenarnye
just salin dan paraphrase balik sinopsis cerita kat belakang buku tu
semata nk naik stage dpt adiah 

gi skola pakai pensel box yg canggih manggih
ley bukak depan belakang
siap ade tempat sharpener lagi tu kat tgh2
pegi skola tunjuk kat kawan2
"hebatkan pensil box aku"

dalam kelas maen lawan2 pemadam
sayang nak gune tuk padam
wlpn fungsi sebenar pemadam utk "padam"
mak ayh kasi duit bekal seinggit je
sanggup tak makan waktu rht
sebab nak beli pemadam 50sen seketul
yg paling besa punye
nak lwn ngan kekwn
pakai pembaris yg bergigi
yg kat dlm ade air,ade bnde yg berkilat2 tu

balik sekola, singgah gerai tepi skola
beli Jojo xpun Dendang, Tora pun besh
harge bukan sepuloh sen due
seinggit due puluh sen
mahal time tu
bukan nak makan coklat tu pun
semate2 nk mainan lam tu

suke2...
cube tgk zaman skrg, tak de dah kan sume tu. tak de dah budak2 nak layan bnde camtu.budak2 zaman skrg balik uma layan FB,PS. sume da tak nak main mainan Dora Dendang, nak mainan barbie doll. Bile ingt balik waktu skola tu mmg tersengih sowang2.cam lawak je time kecik2 dulu. rindu same kawan sekolah rendah dulu. entri ini dedicated utk sume pelajar SK AU Keramat batch & SK Sultan Ismail 97/02 (ta taw laa ade ke y bace sbb da lme da lost contct ngan korang )
^_^ v

Monday, November 15, 2010

say no to maksiat

bismillahirrahmanirraahim & assalamualaikum


bile bercakap sal mksiat nih, ramai yg kaitkan dengan couple,bersentuhan dgn bukan mahram.
Tapi definisi maksiat tu luas
Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya
Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, 
Maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar
Maksiat terhadap harta awam

Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat...same2 memperbaiki diri
wallahualam..ma'asalamah

Friday, November 12, 2010

biar betol-betol punye!

Bismillahirrahmanirrahim &
Assalamualaikum wbt.


first and foremost, nak same2 berpesan2...


“JANGAN MENGAMBIL LANGKAH UNTUK BERPASANGAN, JIKA SUDAH PASTI DALAM SETAHUN DUA JANGKA MASA TERDEKAT TIADA KEMUNGKINAN UNTUK ANDA BERKAHWIN”


  ok, itu just muqaddimah je.ade banyak lagi nak habaq kali ni.Ade la satu petang tu, relaxkan diri sambil melancong2 di sekitar web islamik,aku ade terjumpa ngan satu artikel ni. Sal berpasangan a.k.a kapel atau pun ape2 yang sewaktu dengannya. Ade org kate kapel ana enti,opps..ade ke cam gitu?? (..ngee2 *innocent*.. ) berbalik to what i would like to share today, nak ckp sal ni berkapel2 sume ni la..mungkin ade yang da bowink kan, alaa benda da lapuk kan,asyik2 sal kapel.. tapi tak kisah laa, aku nak share jugak..my blog my stuff my rule...nge3..

  Positive and negative charge. Mesti korang pena dengar kan?Dari skola rendah lagi kan kite blaja, kalau different charge,it will attract between one and another.kalau same, die akan repel.Eventually,akan ade satu mutual forces yg present utk pull these two charge to attracted. Subhanallah,sedangkan dua charge yang berlainan pun akan attract antare satu same lain, apatah lagi dua jenis species manusia yang dicipta Allah bernama ADAM dan HAWA. Complement each other kan?Betol tak?? Haa sape tak setuju tu memang sah2 tipu. Dulu2 pun pernah terbace, dalam dunia ni Allah ciptakan semuanya berpasang pasangan, malam dan siang, bulan dan bintang, syurga dan neraka, dosa dan pahala. Semuanya Allah ciptakan dengan hikmahnya yang tersendiri. 


  Berbalik sal hubungan sal LELAKI dan PEREMPUAN ni, biasenye bile sumone tu "in a relationship" [cam status dalam FB tuh] mungkin first,2nd year tu oklaa lagi. Kalau tak jumpe si DIA dalam seminit due, makan tak kenyang, tidur tak lene,mandi tak basah. Alahai, indahkan waktu2 itu. Terasa dunia ini aku dan dia yang punya. Tapi cube tengok tatkala perhubungan tu dah masuk tahun ke-3,4,5 gitu. Mesti dah ada sedikit rase jemu utk bagi komitmen dalam perhubungan. Tapi awal2 lagi aku da agak mesti ramai yang tak setuju dgn kenyataan aku tadi tol x??

“sungguh saya tidak akan berasa jemu dengan perhubungan itu. Saya pasti. Saya tahu diri saya bagaimana”

“ana sayangkan dia kerana Allah. ana takkan pernah jemu untuk membimbing dia”

“saya akan berkahwin dengan dia. Saya takkan jemu dengan dia”

“Bagaimana pula boleh jemu? Perasaan sayang itu tidak mengenal jemu.”


Dan pelbagai lagi hujah yang mungkin akan diungkapkan sebagai janji mereka bahawa mereka tidak akan jemu dengan pasangan masing-masing. Ok laa ape2 je laa tapi hal ini bukan tidak pernah berlaku. Bahkan sentiasa berlaku.

Ramai yang cuba mengamalkan cara ‘COUPLE ISLAMIK’ dalam perhubungan mereka, dont be mistaken keyh, maksud i, diorang2 ni tidak mengatakan hubungan a.k.a DECLARE sebagai couple tapi mereka mengamalkan apa yang diamalkan oleh orang couple.

“kejut tidur”

“sentiasa berSMS”

“bertukar-tukar tazkirah dan pendapat mengenai isu”

“call sekali sekala”

Mereka akan menggunakan pelbagai cara dan mancari pelbagai topik supaya dapat dibincangankan dengan si Dia. Yelah! Mereka jumpa pasangan itu di laman-laman sebegini yakni laman yang sentiasa membincangan mengenai Islam.

Mereka menentang couple tapi sebenarnya mereka mengamalkan couple walaupun mereka tidak mengakui hubungan mereka sebagai couple.

Apakah ciri-ciri couple?Ni yang aku paham sikit2 sal kapel..correct me if i'm wrong

“sayang kepada berlainan jantina (fitrah)”

“sentiasa terbayang kepadanya”

“sentiasa memikirkan dirinya”

“sentiasa ingin memberitahu semua orang bahawa dia telah dimiliki”

“sentiasa berhubungan dengannya”

“mungkin Call sekali-sekala”

“merajuk dan dipujuk”

“jika teringat akannya tersenyum”

“pasti pernah teringat akan dia di dalam solat”

“pasti teringat jika dia tidak menghubungi dan mengharapkan agar dihubungi”

Aduh! Banyak lagi sebenarnya namun, tak dapat nak senaraikan.

Baiklah..maybe betol laa.


Anda ingin malamarnya!

Benar! Anda ingin berjumpa ibu bapanya!

Benar! Anda ingin memaknakan hubungan ini!

Tapi pasangan anda melarang kerana faktor keluarga, belajar, ataupun diri sendiri.

Maka bila boleh menghalalkan hubungan itu?

Setahun?

Dua tahun?

Tiga tahun?

Dalam jangka masa yang begitu lama pelbagai dosa ditabung…(nauzubillahiminzalik) katanya mahu hubungan yang diredhai Allah.

Mahu mencari keredhaan Allah.

Maka apa yang anda lakukan itu mendapat redhanya kah??

Tepuk dada Tanya Iman!

Aiwa! Anda memang nak cepatkan pernikahan tapi masalah keluarga menentang kerana ingin anak mereka menghabiskan pengajian dahulu.

Jika sudah pasti akan ada halangan yang pasti tidak dapat ditempuhi maka mengapa meletakkan diri dalam situasi ini.

Sudah diberitahu kan tadi....

JANGAN MENGAMBIL LANGKAH BERPASANGAN, JIKA SUDAH PASTI DALAM SETAHU DUA JANGKA MASA TERDENAT INI TIADA KEMUNGKINAN UNTUK ANDA BERKAHWIN!” 


kapel islamik tak de ye tapi couple cara Islam ada..rajin2 laa bace kat sini
wallahualam..ma'asalamah.

."Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". [Ar-Rum ayat 21]



one big happy family, idaman ku ;)
p/s: artikel ni saya jumpe @ halaqah.com,just utk peringatan bersama keyh, TERMASUKlah buat diriku sendiri .so b cool keyh, its never too late to turn over a new leaf? Allahumaajirnaminalma'siat. 

Sunday, November 7, 2010

mystory yg mystery

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt.

sejak bertemu dengan mok baru2 ni, aku rasa tersangatlah bahagia. walaupun ada bermacam2 dugaan hidup dekat2 nak final ni, tapi i am tot in the cloud nine!!!malam ni ade FINAL test fluid mechanics. Killer subject sem ni. nak tambah carry mark kasi ok sikit hanya depends on test ni je laa sebab nanti da tinggal final exam da. Final exam 40% je kalau nak dibandingkan dengan carry mark sepanjang sem, 60%, mampu ke aku nak skor subject ni..huhu.tepuk dada, tanya diri sendiri..jap, aku tanya.....jawapannya, BOLEH..janji usaha yang istiqamah dan sokmo2 la bergantung harap pada Allah.. bak kate ayoh, ilmu2 yang kite belajar ni semuanya ditulis oleh manusia biasa cam kite, tetapi hakikanya semua ini milikNya, so kene banyak2 berdoa,memohon kepadaNya. (^^)v

so, ambiklah peluang study week yang dah berbaki beberapa hari je lagi untuk tachap mane2 yang kurang faham, mane yang kurang jelas. And biase laa kan, bila study week ni kite dah kene study smart,hmm tapi study hard pun kene jugak. Sebab kalau study soft2, i mean study dalam memanjakan diri, memang confirm, efficiency nye kurang. Bagi aku la, bagi korang , xsure la kan. lagipun, aku ni a moderate student je.banyak kekurangan . Therefore,sebab itulah, aku rasa STUDY HARD and STUDY SMART is directly proportional in order to get great outcome.ngee2.. Tapikan study week kali ni dicemari dengan satu peristiwa yang kurang enak didengari. Huhu. Heboh  satu u , ade kes misteri ni. Memang creepy sikit sebab ini melibatkan keselamatan student perempuan...
"ade orang jumpe antuu ek??"
"bukan..."
"ade org hilang barang ke???"
"haa ..sikit jee lagi
"ade org lua ceroboh msk hostel ke??"
"haaaa...mmg sikit je lagi"...
 oklaa sebenarnya camni..hmm..nak start kat ne ye..camnih laa..bace je SMS ni..sure faham nye..

salam perhatian dan makluman buat muslimat2 agar berhati2 dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan memasuki blok perempuan dan mencuri barang2 berharga. Lelaki ini memukau mangsa terlebih dahulu dan kemudian mencari barang2 berharga. Mohon disebarkan untuk keselamatan bersama dan sentiasa berhati2..


rasanya dah dengar 2 kes dah sal student perempuan kene pukau nih dan dua2 kes ni berlaku sekitar jam 3-5 a.m.Ya Allah tkutnya, sebab once dah pukau mesti dah tak sedarkan diri. okla memang so far org pukau untuk mndptkan brg2 berharga, lappy, hp,purse tapi bukankah diri kite sbg wanita ni lebih "berharga" drpd semua2 tu. nauzubillahiminzalik...smoga Allah melindungiku dan korang semua.Buat diriku yang suke bangun stay up waktu2 "prime" camtu, kejadian camnih adalah dugaan untukku. whatever it is, never lose hope from Allah's protection...thats all for now, its 3pm, gotta go..[nak gi ane?hihi...;)]

Tuesday, November 2, 2010

mood: Study Week

bismillahirrahmanirrahim...

lately..
life is soo good ,
to be in the study week..
no more lect.no more rush here,there.
kinda pamper myself for a while.
tp beware,
dengan masukknya wktu study week itu tadi, maka itu menandakan dekatnya masa untuk final exam
waa..
so how's ur prep?
for those smarties our there mst jwb
so far so good
translated in BM :semakin jauh semakin bagus..
erk, does this makes any sense? 
hik3..
whatever la..
and kalau yang kuat main2 (mcam saya = =!)..
msti ada masalah nak deal dengan emotion
mood swing i guess..
mood kejap OK,
then goes KO,
huk3..
truth is,
as for me, 
i am tot putting my greatest effort to do my best...
wlupun di saat yang terakhir, 
saya akan tetap usaha.
teringat lak pesanan mok.
"usaha sampai saat yang terakhir,sampai detik nak masuk exam hall pun, still isikan masa dengan memantapkan pemahaman yang kite dapat hasil belajar satu sem"
ya mok, 
kakak ingat tu.
dan sentiasa ingat..
sebab tu kadang2, 
time kat luar exam hall, 
wlaupun ada yg bersikap cool je utk masuk jawab exam,
dan kakak masih terbongkok2 tgk notes,
"ceeh..top student ye tuh"
"dah2 laa bace tu, gerenti xkan masuknye kalo ko bace time2 gini"
dah immune da ngan kata2 "perangsang" ni..
bukanlah dgn bertindak sedemikiann
bermaksud kakak riso 
tak baca itu ini,
dan kakak bukanlah seorang yang NERDY.
tp semua tu kakak lakukan sebab pegangan kakak pada
kata2 azimat mok tadi.
kata2 dari seorang ibu keatas anaknya 
doa yang mustajab kan?kan? ^^,
alamak!!
when it comes about mok,
dah datang dah sakit lame saya,
bukan sakit rumah a.k.a HOMESICK..
saya tak rindu rumah 
tp MOKSICK.
sakit mok???
bukan...bukan..bukan...
maksud saya, sakit saya yang merindui mok. (T_T)
dengar cite, mok balik klate minggu ni.
cuti Depavali sminggu.
so Najwa, ape lagi..
ye, sememangnya saya sudah merancang untuk pulang kedakapan mok..
"awk nak balik kg???bukan ke kite ada test fluid se lagi"
yup..so
"xmboh laa balik umah,awk dok riso ke kalu balik nati dop ley nok study"
oo, itu awk..
tapi bagi saya,
bukan study itu yang menentukan kejayaan kite dlm pembelajaran dan exam.
benar..
usaha perlu ada.
tapi, 
whatever it is,
semua itu dariNya.
bilamana Allah redha dengan kite,
inshaAllah 
jalan bermujahadah dpermudahkanNya,
dan sesungguhnya, redha Allah berserta redha kedua ibu bapa
so, the conclusion is..
SAYA NAK BALIK KELANTAN ESOK.. inshaAllah moga dpermudahkan urusan..

p/s: wlpn kakak asyik cakap sal mok, kakak nak jumpe gak ayh,kakak syg ayh jugak tpi ayh tok balik kelate,huhu so tak ley nak mintak restu,maaf dari ayh. papepun, i love u both..for the rest of my life:)