...He found you lost and guided you (93:7)

Saturday, October 23, 2010

tidak terungkap dengan kata2

bismillahirrahmanirrahim


agak lame tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. (i mean the content laa, de whole atmosphere kat sni sume da update..ngee). Dikala sang matahari meninggi, sang bayu laut disebelah meniup sepoi2 language, diri ini bagaikan rasa terulik, didodoi oleh alam. Jadi tak pe la kan spend sedikit masa untuk bloggy woggy sikit untuk mengCounter rasa slumber ni. 


Jadi hari ni ,nak tanye sikit.Sape nak masuk syurga,?? angkat tangan! Bukan syurga cinta yang dalam tv tuh, syurga yang kekal abadi, syurga yang dijanjikan Allah dalam kalamNya. Seingat saya, dari seawal tadika lagi ( wktu tu di Pasti cheras), ustazah selalu tanye soalan ni. Memang xpenah tak angkat tangan. Walaupun masih kecik, tapi sape tak nak kan masuk syurga. Dah laa tiap2 hari ustazah duk cite sal comelnya taman2 syurga ni mengalahkan Disneyland, Lost world  sume tu. Cume pelik sikit,ustazah selalu kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu. So bile balik umah,check tengok kaki mok, takde pun. Hmmm agak munsykil di situ, tapi  tak kisah lah, takkan ustazah nak tipu kite lak. Mungkin mok sorokkan syurga tu tak nak bagi kite gi main,..TAMAN kan.alahai fikiranku yang tak seberapa waktu tu;)



Kini bila sudah berusia  ( baru 20 kot) , baru saya mengerti maksud sebenar syurga yang ustazah sebut2 kan tu.Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. 
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan SYURGA Allah SWT yang saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
indahnya bidadari syurga [gmbr skdr hiasan je ek, bidadari lagi cantek!]


"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)


Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami. Semoga syurga itu menjadi tempat kita kembali, amin ya rabb~

4 comments:

  1. thumbs up u entry nie...bila ustazah najwa berbicara...fuhhh..:P
    siiru ala barakatillah...

    ReplyDelete
  2. Salam 'alaik

    Ramai manusia nak masuk syurga, tp xramai manusia nak mati. Bagaimana nak masuk syurga kalau xmati?

    Renung2kan dan selamat beramal

    ReplyDelete
  3. tasnim : alhamdulillah sdkit prkngsian utk pnghytn bsame2..awk eh tak lyk laa kite dgn glrn tu..masih jauh dn bnyk lg ilmu perlu dtimba..

    ReplyDelete
  4. al mu'allim: btol2..tpkn kmatian itu suatu kepastian;)
    inshaAllah smga pnghytn keatas indahnya nkmt syurga mmbri kkuatan dlm beribadah..

    ReplyDelete