...He found you lost and guided you (93:7)

Saturday, October 30, 2010

duhai malam..


"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."

(HR Imam Ahmad)


nauzubillahiminzalik...
muhasabah diriku sebelum terlena..
buat hati2 yang pernah ku sakiti...
maafkan diriku ini..
andai esok tiada lagi..
usah ditangisi diriku yg telah pergi...
moga doa dan kemaafan... 
mengiringi ku nanti..

[31/11/10: 2.42 a.m]

Saturday, October 23, 2010

tidak terungkap dengan kata2

bismillahirrahmanirrahim


agak lame tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. (i mean the content laa, de whole atmosphere kat sni sume da update..ngee). Dikala sang matahari meninggi, sang bayu laut disebelah meniup sepoi2 language, diri ini bagaikan rasa terulik, didodoi oleh alam. Jadi tak pe la kan spend sedikit masa untuk bloggy woggy sikit untuk mengCounter rasa slumber ni. 


Jadi hari ni ,nak tanye sikit.Sape nak masuk syurga,?? angkat tangan! Bukan syurga cinta yang dalam tv tuh, syurga yang kekal abadi, syurga yang dijanjikan Allah dalam kalamNya. Seingat saya, dari seawal tadika lagi ( wktu tu di Pasti cheras), ustazah selalu tanye soalan ni. Memang xpenah tak angkat tangan. Walaupun masih kecik, tapi sape tak nak kan masuk syurga. Dah laa tiap2 hari ustazah duk cite sal comelnya taman2 syurga ni mengalahkan Disneyland, Lost world  sume tu. Cume pelik sikit,ustazah selalu kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu. So bile balik umah,check tengok kaki mok, takde pun. Hmmm agak munsykil di situ, tapi  tak kisah lah, takkan ustazah nak tipu kite lak. Mungkin mok sorokkan syurga tu tak nak bagi kite gi main,..TAMAN kan.alahai fikiranku yang tak seberapa waktu tu;)



Kini bila sudah berusia  ( baru 20 kot) , baru saya mengerti maksud sebenar syurga yang ustazah sebut2 kan tu.Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. 
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan SYURGA Allah SWT yang saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
indahnya bidadari syurga [gmbr skdr hiasan je ek, bidadari lagi cantek!]


"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)


Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami. Semoga syurga itu menjadi tempat kita kembali, amin ya rabb~

Monday, October 4, 2010

maafkan saya, tapi...

bismillahirrahmanirrahim..

di kesempatan yang ada ini, selagi nafas dikandung badan, saya memohon maaf kepada mana2 pihak yang terluka atau memang dilukai dengan tindakan saya. Pada masa ini, detik ini, kewarasan akal masih ada, tidak dipengaruhi dengan emosi atau mane2 anasir2 luar dan saya sedar saya SEDANG ( present continuous tense ) membuat silap dan saya minta maaf. Dan saya memang SEGAJA buat ni semua, bukan untuk menyakiti atau menyusahkan KAMU2.. feel annoy ? Maaf .Semua yang saya lakukan ini bukan untuk revenge atau yang sewaktu dengannya tapi inshaAllah dengan harapan KAMU2 semua faham yang saya juga manusia biasa. Punya amarah yang tersendiri dan dengan bersendirian is my way to treat my anger.Harap sangat, dengan "tinggalkan" KAMU2 semua untuk seketika, akan bagi chance kat KAMU2 untuk muhasabah balik.Saya ada banyak sangat kekurangan dan KAMU2 juga begitu, we're human, and no one is absolute! KAMU2 pun dah besar semunya, sudah pasti KAMU2 faham kenapa saya buat semua ni. wallahualam~

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali


(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


nota kaki: seldom feel this way. perhaps i just cant hold on any longer , yet felt guilty doing like this,
 O Allah, show me the right way...

Sunday, October 3, 2010

laughter is the best medicine

bismillahirrahmanirrahim..


having stressful week ha? me too T___T.
just visiting some site, and found some funny jokes, 11 of them
mind to read?
just to ease some stress..( a little bit)
long one but make me laugh madly like hyena 
hihi....
layan~zassss








Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad 
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

==================================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah 
untuk meminta derma. Derma untuk rumah 
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik 
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

==================================================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada 
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan 
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu 
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang 
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

==================================================
Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. 
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

==================================================
Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda 
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak 
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu 
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin 
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah 
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

==================================================
Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah 
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak 
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

==================================================
Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : selamat pagi tuan
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

==================================================
Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah 
matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke 
saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, 
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki 
itu dengan riang.

==================================================
Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang 
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin 
sedang menangis teresak-esak. Dia segera 
mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah 
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

==================================================
Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk 
menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan 
surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab 
atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan 
atok duduk dalam tong merah tu?"

==================================================
Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah 
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga 
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat 
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat 
berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"
Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, 
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula 
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit 
jantung manakala yg ketiga disambar petir."
Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun 
tersenyum?"
Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil 
gambarnya!"





sumber:http://www.salamcyber.com/forum/view_topic/35/11_Kisah_Pelik/