...He found you lost and guided you (93:7)

Monday, August 16, 2010

nafas Ramadhan

selamat berpuasa .
Jangan lupa sahur, jaga adab2 hukum orang berpuasa,
dan banyak-banyakkan membaca al- Quran

tersenyum saya membaca pesanan SMS dari Ayoh. Simple tapi cukup padat. Walaupun jauh di nun di kL ,tidak nampak dalam pandangan, ayah masih seperti dulu. Meskipun dah besar panjang, tapi ayah tetap jua mengingatkan kami adik beradik mengenai agama.Teringat pula saya pada masa saya di zaman kanak-kanak, selalunya ayah sering memberi tazkirah sehari sebelum tibanya Ramadhan . Berkumpul di ruang tamu, menadah telinga untuk refresh balik adab2,sunnah2 orang berpuasa. Biasala, time kecil2, dengar pun main-main je. Yang paling penting, refresh balik NIAT poce..nauwaitu...ermmm selalunye tak ingat..ihihihi, tapi tu semua dulu,,sekarang lain maa ;)

Macam-macam ragam yang saya observe untuk hari ini. Cukuplah saya ambil sample budak kelas saya sebagai orang berpuasa  daripada bilangan population pelajar UMT untuk distatistikkan ..hihi..Berpuasa untuk hari pertama ni agak mencabar kan. Ditambah dengan keadaaan cuaca bumi Terengganu yang agak panas. Bagi mereka yang sudah sebati dengan amalan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, Syabas kerana bagi mereka puasa dalam keadaaan sebegini merupakan satu cara untuk  menguji kesabaran dalam beribadah yang pasti beroleh kemanisan dipenghujungnya. Beruntunglah mereka kerana amalan ini sudah sebati dalam jiwa. Lain pula halnya dengan mereka yang baru sahaja memulakan amalan berpuasa ini. Mungkin sedikit masa diperlukan untuk membiasakan diri.Saya lihat ada yang tersungkur dalam kuliyah,mungkin mengantuk gara-gara bangun awal untuk bersahur tadi. Tetapi janganlah amalan berpuasa yang mulia ni menjadi penyebab untuk kita tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Lihatlah amalan berpuasa ini sebagai amalan untuk melatih diri menjadi lebih baik.


***entri ini dipostkan delayed  5 hari dari waktunya...gara2 internet yg wat hal...tapi aku nak post jugak...ngeee..salam Ramadhan***

No comments:

Post a Comment