...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, July 18, 2010

hibernate

dah genap sebulan saya tidak mengaktifkan diri dalam berblogging. mungkin kekangan masa menyebabkan dirimu terabai wahai blog ku. Tapi takpe, absence makes a heart grows fonder, tak gitu ;) dan sekarang ni memang sudah rindu sama kamu. Rindu nak menulis yang perkara yang tak terucap dek bicara. Saya kira ada banyak sungguh event yang berlaku sepanjang sebulan ni yang ingin dishare di sini tapi cukuplah saya ceritakan secara overall ^^



previously, saya telah terpilih untuk menjadi fasi kepada adik2 jr. yang mendaftar di UMT bagi sesi 2010/2011. Untuk menjayakan minggu jalinan mesra MJM, beberapa unit ditubuhkan untuk melancarkan majlis dan saya telah ditempatkan untuk bertugas di bawah unit Kesihatan & Kebajikan ( KnK) . Memang rase lucky utk berada di unit ini yang di ketuai oleh Munesh ( he's the best leader i ever have). Rakan-rakan seunit pun semuanya baik2 dan sporting. Kak Nurul, Ainul, Yana, Muna, Dheena, William, Chu, Pok Leh, Afiq, Pizal, korang memang besh2 blake! Kenangan berkerja as a team bersama2 kalian merupakan satu pengalaman yang tiada tolok bandingannya. Syukran for the times we spent together. Bergilir-gilir menjaga pelajar yang sakit, berulang-ulang alik ke sana kemari merawat pelajar ( y melecet kaki je kot;p), memang this experience worth more than i can imagine. Biarpun penat dek melayan kerenah adik2 baru tapi rase fun sgt dalam menjalankan tugas . Moga-moga Allah membalas jasa kalian semua..amin..

my K&K unit <3
owh ya unit saya jugalah yang ditugaskan untuk keep an eye on 8 OKU students yang mendaftar. Saya rasa rendah diri sangat bila bersama-sama mereka. Mereka begitu kuat dan ketidak upayaan mereka tidak pernah membakar semangat mereka untuk meraih kejayaan seperti insan yang lain. InshaAllah, semoga Allah permudahkan urusan mereka dalam menempuh alam universiti..amin..


wallahualam~

No comments:

Post a Comment