...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, June 13, 2010

r e j a b



pejam celik pejam celik,dah masuk malam satu Rejab dah malam ni. alhamdulillah dengan limpah rahmat dari Allah, kita berada di hari pertama bulan Rejab. Masih bernafas di bumi Allah, moga-moga dengan izinNya kita semua dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang tinggal hanya dua bulan sahaja. Semua dah ganti puasa? ;)
bagi yang ambik MC pada Ramadhan yang lepas, cepat-cepatlah menggantikan puase yer. Maklumlah ada dua bulan jer lagi sebelum pesta ibadah kita bermula, risau andai kesibukkan kita membuatkan kita terlupa ada hutang dengan Allah yang belum dilangsaikan. 
Bulan Rejab itu bulan Allah, memandangkan esok hari pertama bulan ini, apakata kita pakat berpuasa ( bagi yang tiada keuzuran syarie' la of course)..jom..jom..jom..
Banyak hikmah berpuasa di bulan rejab. Tapi , meskipun saya menjengah ke laman sahabat blogger mengenai hikmah berpuasa di bulan Rejab memang teramatlah banyak tapi sayangnya , kemasamaran sumber hadith itu membuat saya terhenti niat untuk men'copy' utk di war-warkan di entri ni. Saya ni hanya manusia,hamba biasa, jauh sekali saya alim dalam bidang agama.Konklusinya,bagi saya pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.


wallahualam

No comments:

Post a Comment