...He found you lost and guided you (93:7)

Friday, June 4, 2010

in memories~




'kakak,mek limbat dah tak dok'
        innalilillahiwainna ilahi rajiun
       hanya kepada Engkau kami kembali

lebih kurang jam 10.30 pagi semalam, nenek saya, ibu kepada ayah pergi menghadap yang Esa . Jauh di sudut hati, rasa terkilan sebab tidak dapat memberi kucupan terakhir buatnya.Meskipun tengah hari itu, saya dan mak berserta 4 orang adik yang lain bergegas pulang ke kampung, perjalanan 6 jam ke Kelantan ibarat perjalanan berpuluh-puluh tahun. Setiap kali ayah memberitahu perkembangan pengurusan jenazah arwah, saya berharap, berdoa sangat semoga sempat sampai ke kampung .Tapi apakan daya.
owh ya..syukran abe Yie, tolong drivekan kami pulang dgn selamat..

MOK LIMBAT
itulah panggilan saya dan adik beradik untuk arwah. Arwah tinggal di kawasan kampung di Kelatan yang dikenali sebagai Limbat. Masa kecik2 asyik, asyik dengar ayah memanggil arwah "mok", jadi kami pula kenal kampung sebagai 'Limbat', justeru kami sebulat suara menanggil arwah sebagai 'mok limbat'. Pada saat terakhir arwah, hanya 2 orang adik beradik saya yang sempat bersamanya. Memandangkan ayah pulang ke kampung awal satu hari dari saya dan mak, mereka turut serta . Bertuah Jah dan Jay,masing-masing dapat berbakti pada arwah .Jah berpeluang memandikan jenazah arwah, first time experience . Jay pula bersama-sama ayah, menunaikan solat jenazah . Setibanya saya di perkarangan rumah arwah, tiba-tiba rasa sebak menyelubungi diri. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Saya agak rapat dengan arwah ketika kecil berbanding dengan adik beradik yang lain. Tetapi sedih rasanya bila tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya.

HARGAI YANG ADA
usai majlis tahlil semalam, kami sekeluarga pulang ke rumah mak di Pasir Pekan.Sepanjang perjalanan, terdengar dengkuran adik di belakang, 'saya kira dia kepenatan agaknya', tedengar juga suara ayah dan mak. Agak sayu suara ayah bercerita saat2 akhir arwah,saya faham, mak turut bersedih kerana tidak sempat bersama ketika itu.Yang pergi takkan kembali. Redhalah dengan ketentuan ilahi. Penghubung untuk yang tiada hanyalah doa seorang anak yang soleh. Kini hanya Mamatok dan Tok Ayoh yang kami adik beradik ada untuk menjadi asbab kami untuk pulang ke kampung. Kata ayah semalam, hargailah mereka yang ada.Umur  Tok ayoh kini mencecah awal 80an, Mamatok pula sepuluh tahun muda dari Tok Ayah.
                                                mamatok & tok ayoh

semoga Allah menempatkan roh arwah Mok Limbat di kalangan hamba2Nya yang soleh. al fatihah~

No comments:

Post a Comment