...He found you lost and guided you (93:7)

Monday, June 21, 2010

surat untuk Ain Shaari


menemui sahabat ku Nur Ain Shaari yang diingati selalu. Semoga saudari dalam keadaan sihat wal afiat dalam naungan kasih Ilahi


opss bukanlah niat saya untuk menulis surat kiriman tidak rasmi pada entri kali ini. Tapi memang entri kali ni saya nak dedicated khas buat sahabat sejatiku+soulmate saya, Nur Ain Shaari ( suppose tajuk tu jadi entri la kan, bukan surat utk Ain Shaari..ok stop babbling around).
sebenarnya sahabat saya Ain ni sedang menduduki exam short sem nya dalam bidang Bio Medicine di UM.Walaupun exam Ain sudah bermula dengan paper Histology semalam , tapi masih tidak terlambat untuk saya memanjatkan doa agar Ain dapat buat dengan jayanya untuk paper semalam biarpun kesihatan Ain dalam kondisi yang kurang menyenangkan. Teringat pula saya pada kata seseorang sahabat, bahawa kesakitan itu anugerah, kerana dari situlah terhapusnya dosa-dosa kita. Saya yakin dan pasti, Ain bersabar dalam ujian ini. InshaAllah Ain sayang, Allah akan menolong hambaNya yang berusaha:)
(jom aminkan ramai2)

Ni Ain dah makan ubat belum? Makan panadol ye sayang, pastikan makan ikut kadaran yang betol dan minum air masak selalu.Owh ye, jangan lupa makan makanan yang berkhasiat ye, walaupun Ain tak de selera makan, cube makan jugak walaupun sedikit. For your energy and body nutrition.;) Walaupun saya tiada disisi Ain untuk menjaga,memicit2 kepalamu Ain, namun saya tahu, Allah Maha Besar lebih bisa menjagamu( a bit Indonisme here) daripada diriku yang lemah ini .InshaAllah Saya sentiasa doakan kesihatan Ain pulih keasalnya;)

exam math lab tadi camane Ain? InshaAllah semoga segalanya berjalan dengan baik ye mum. I really believe that you have done tremendous revise and preparation for all your exam.:)
And also good luck for the upcoming paper, if im not mistaken lab technique paper on this Friday , right dear? InshaAllah triumph will be yours. amin ya Rabb


with love&care,
najwa
  sahabat sejati

Wednesday, June 16, 2010

POWERFUL WORDS~ for those who think~

Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. They are Work, Health, Family, Friend, and Spirit and you’re keeping all of these in the air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four Balls – Family, Health, Friends and spirit-are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.
Work efficiently during office hours and leave on time, Give the required time to your family, friends & have proper rest. 

     .:Value has a value only if its value is valued:.

Sunday, June 13, 2010

r e j a b



pejam celik pejam celik,dah masuk malam satu Rejab dah malam ni. alhamdulillah dengan limpah rahmat dari Allah, kita berada di hari pertama bulan Rejab. Masih bernafas di bumi Allah, moga-moga dengan izinNya kita semua dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang tinggal hanya dua bulan sahaja. Semua dah ganti puasa? ;)
bagi yang ambik MC pada Ramadhan yang lepas, cepat-cepatlah menggantikan puase yer. Maklumlah ada dua bulan jer lagi sebelum pesta ibadah kita bermula, risau andai kesibukkan kita membuatkan kita terlupa ada hutang dengan Allah yang belum dilangsaikan. 
Bulan Rejab itu bulan Allah, memandangkan esok hari pertama bulan ini, apakata kita pakat berpuasa ( bagi yang tiada keuzuran syarie' la of course)..jom..jom..jom..
Banyak hikmah berpuasa di bulan rejab. Tapi , meskipun saya menjengah ke laman sahabat blogger mengenai hikmah berpuasa di bulan Rejab memang teramatlah banyak tapi sayangnya , kemasamaran sumber hadith itu membuat saya terhenti niat untuk men'copy' utk di war-warkan di entri ni. Saya ni hanya manusia,hamba biasa, jauh sekali saya alim dalam bidang agama.Konklusinya,bagi saya pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.


wallahualam

Saturday, June 12, 2010

sebenarnya



Pernah tak kita terfikir, cara halus, orang Barat ( kafir laknatullah) cuba lakukan untuk menjatuhkan umat Islam ? Cukuplah dengan budaya Hedonisme dan pengaruh2 yang memang jelas terpampar dalam kalangan belia di negara kita. Tapi kali ni pendekatan cara pemakanan yang mungkin kita terlepas pandang. 


Pertamanya, di sekolah di universiti, kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan kesihatan hasil dari kajian dan terbitan para cendiakawan bukan Islam bahwa salah satu sumber terbaik dalam mendapatkan Vitamin B adalah dengan memakan hati haiwan seperti hati ayam. Tapi tahukha kita sebenarnya, Nabi Muhammad s.a.w tidak menggalakkan kita memakan organ dalaman. Hal ini kerana organ dalaman berupaya melembabkan keupayaan otak kita dalam melakukan tugasnya kerana umumnya kita tahu, hati merupakan organ di mana semua toksik akan dikumpulkan dan dineutralkan ( tol x shbt2 ku,para doc to be?). Oleh itu, sememangnya kepekatan toksik adalah tinggi di bahagian hati rather than bahagian badan yang lain.



2nd of all , kita sering diwar-warkan tentang bahayanya coffee. Loads of drugs eventually known as caffein. Namun sebenarnya, kopi adalah di antara makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w selain susu dan madu.Cuba perhatikan mat saleh kat negara diorang, they are completely a coffee enthusiast. Starbuck, Coffee House dan macam-macam lagi coffee spot yang menjadi kegilaan ramai. Peehatikan Professor-professor di US, UK, a cup of coffee is a must at their hands!


kita didedahakan dengan memakan kambing ni boleh menambahkan kadar kolestrol dalam badan. Namun, kambing adalah di antara makanan kegemaran orang Arab termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Seolah-olahnya, buku-buku sains nukilan sarjana Barat ni mencuba untuk merendah-rendahkan cara pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah di antara daging paling kurang kolestrol.  Tapi sayangkan makanan sunnah diburuk2kan, makanan  seperti McD, diagung-agungkan ( terkena batang hidung..ouch!!) , padahal, makanan-makanan ini memang teramatlah banyak sangat kandungan MSG, kolestrol, dan lemak tepu trans. 


Jadi apa tugas kita sebagai umat Islam untuk memelihara cara pemakanan berdasarkan cara-cara Islam? or i must say cara-cara pemakanan Rasulullah s.a.w.tepuk dada tanya iman  
( termasuklah saya ,yang suka makan )


owh ya, this is a link .on panduan cara pemakanan mengikut Sunnah, panduan cara pemakanan Rasulullah s.a.w have a look, may Allah guide us with His bless;)




wallahualam



Thursday, June 10, 2010

holiday vacation, PERHAPS? ^^

 i am currently joining this site, YouthSays.com and i have found something great that you and your clique might wanna have a look at it.For more info, feel free to give a click at this link.. Simple isnt? ;)
http://malaysia.youthsays.com/puterizunnurain/summerbreak

Monday, June 7, 2010

innamaal usri yusro



Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya...
itu janji Allah...
Allah Maha Adil..
Maha Mengetahui..
duhai hati,
jangan bersedih...
bersabarlah..

Friday, June 4, 2010

in memories~




'kakak,mek limbat dah tak dok'
        innalilillahiwainna ilahi rajiun
       hanya kepada Engkau kami kembali

lebih kurang jam 10.30 pagi semalam, nenek saya, ibu kepada ayah pergi menghadap yang Esa . Jauh di sudut hati, rasa terkilan sebab tidak dapat memberi kucupan terakhir buatnya.Meskipun tengah hari itu, saya dan mak berserta 4 orang adik yang lain bergegas pulang ke kampung, perjalanan 6 jam ke Kelantan ibarat perjalanan berpuluh-puluh tahun. Setiap kali ayah memberitahu perkembangan pengurusan jenazah arwah, saya berharap, berdoa sangat semoga sempat sampai ke kampung .Tapi apakan daya.
owh ya..syukran abe Yie, tolong drivekan kami pulang dgn selamat..

MOK LIMBAT
itulah panggilan saya dan adik beradik untuk arwah. Arwah tinggal di kawasan kampung di Kelatan yang dikenali sebagai Limbat. Masa kecik2 asyik, asyik dengar ayah memanggil arwah "mok", jadi kami pula kenal kampung sebagai 'Limbat', justeru kami sebulat suara menanggil arwah sebagai 'mok limbat'. Pada saat terakhir arwah, hanya 2 orang adik beradik saya yang sempat bersamanya. Memandangkan ayah pulang ke kampung awal satu hari dari saya dan mak, mereka turut serta . Bertuah Jah dan Jay,masing-masing dapat berbakti pada arwah .Jah berpeluang memandikan jenazah arwah, first time experience . Jay pula bersama-sama ayah, menunaikan solat jenazah . Setibanya saya di perkarangan rumah arwah, tiba-tiba rasa sebak menyelubungi diri. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Saya agak rapat dengan arwah ketika kecil berbanding dengan adik beradik yang lain. Tetapi sedih rasanya bila tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya.

HARGAI YANG ADA
usai majlis tahlil semalam, kami sekeluarga pulang ke rumah mak di Pasir Pekan.Sepanjang perjalanan, terdengar dengkuran adik di belakang, 'saya kira dia kepenatan agaknya', tedengar juga suara ayah dan mak. Agak sayu suara ayah bercerita saat2 akhir arwah,saya faham, mak turut bersedih kerana tidak sempat bersama ketika itu.Yang pergi takkan kembali. Redhalah dengan ketentuan ilahi. Penghubung untuk yang tiada hanyalah doa seorang anak yang soleh. Kini hanya Mamatok dan Tok Ayoh yang kami adik beradik ada untuk menjadi asbab kami untuk pulang ke kampung. Kata ayah semalam, hargailah mereka yang ada.Umur  Tok ayoh kini mencecah awal 80an, Mamatok pula sepuluh tahun muda dari Tok Ayah.
                                                mamatok & tok ayoh

semoga Allah menempatkan roh arwah Mok Limbat di kalangan hamba2Nya yang soleh. al fatihah~