...He found you lost and guided you (93:7)

Monday, May 31, 2010

kiriman dariku buatmu,saudara Gaza

Tenang sungguh pagi hari ini. Matahari menyinari bandar kuala lumpur serta seluruh pelusuk malaysia dengan mentari yang indah bakal menceriakan hari. Alhamdulillah, hanya kepada Allah ku panjatkan kesyukuran kerana masih dapat bernafas, meminjam oksigen dariNya untuk hidup. Sebagai nadi ku untuk meneruskan ibadahku yang begitu sedikit lagi untuk menghadapMu.Begitu sedikit, mashaAllah, semoga Engkau limpahi diriku dengan rahmatMu, redhaMu. Rutin harianku berjalan seperti biasa. Sebaik sahaja melambaikan tangan , mengiringi ibu dan adik2 ku pergi ke sekolah, kerja2 rumah yang tersisa perlu diselesaikan dahulu. 

Khabar itu
Astaghfirullahalazim..hanya itu yang mampu ku ucapkan.Dengan badan yang separa sedar selepas terlena seketika, perlahan-lahan ku membaca satu per satu sms kiriman Ain Shaari, sahabat sejatiku. Ku baca dan baca seakan tidak percaya. Mungkin fikiranku masih berbolak balik di antara yang realiti dan mimpi.
sebarkan news ini kepada seramai yang dikenali utk solat hajat dan doa sekarang juga. Israel telah menyerang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sebentar tadi.Sehingga kini, 3 orang mati dan 30 orang tercedera.Mohon Allah bantu sahabat2 kita di Gaza skrg ni.
gambar atas: kapal2 tntera Israel mdekati kapal LL4Gaza 
gambar bawah:komando tntra mnyerang kapal aktivis menyebabkan 10 org aktivis kemanusiaan Palestin terkorban

 ya Allah, apalah dosa para sukarelawan itu? jika ditanya kepada budak kecil sekalipun, jelas lagi bersuluh. misi mereka hanya satu. Untuk menghulurkan tangan yang murni, bantuan buat saudara seIslam yang sentiasa dikasihi. Namun, yahudi laknatullah ini memang tidak punya hati menyerang sesuka hati.Eee hati nurani ku sebagai manusia,memang terasa geram+marah kpd mereka,yahudi laknatullah!!!


Bingkisan Doa Kudusku
doa itu senjata orang mukmin. Sejak kecil, mok sering menerapkan ayat ni kepada ku dalam apa jua perkara. Ku yakin, itulah senjata yang paling POWER berbanding senjata ciptaan manusia. Firman Allah, 
   “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan aku makbulkan”

ini janji Allah kepada hambaNya. kini, dalam keadaan ku yang serba kurang, serba lemah. Hanya doa yang mampu ku jadikan senjata dalam membantumu wahai saudara-saudara ku yang sedang berjuang. Dengan kudrat yang ku ada, ku kirimkan doa QUNUT NAZILAH buat kalian. 




makbulkanlah doaku ya Rabb
tangan ini tidak bisa mengangkat senjata
aku malu
kerna tidak mampun membantu 
hanya doa 
ku kirimkan untuk mereka
tanda aku kasih,aku peduli
makbulkan doaku ya Allah
Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
amin

No comments:

Post a Comment