...He found you lost and guided you (93:7)

Monday, May 31, 2010

kiriman dariku buatmu,saudara Gaza

Tenang sungguh pagi hari ini. Matahari menyinari bandar kuala lumpur serta seluruh pelusuk malaysia dengan mentari yang indah bakal menceriakan hari. Alhamdulillah, hanya kepada Allah ku panjatkan kesyukuran kerana masih dapat bernafas, meminjam oksigen dariNya untuk hidup. Sebagai nadi ku untuk meneruskan ibadahku yang begitu sedikit lagi untuk menghadapMu.Begitu sedikit, mashaAllah, semoga Engkau limpahi diriku dengan rahmatMu, redhaMu. Rutin harianku berjalan seperti biasa. Sebaik sahaja melambaikan tangan , mengiringi ibu dan adik2 ku pergi ke sekolah, kerja2 rumah yang tersisa perlu diselesaikan dahulu. 

Khabar itu
Astaghfirullahalazim..hanya itu yang mampu ku ucapkan.Dengan badan yang separa sedar selepas terlena seketika, perlahan-lahan ku membaca satu per satu sms kiriman Ain Shaari, sahabat sejatiku. Ku baca dan baca seakan tidak percaya. Mungkin fikiranku masih berbolak balik di antara yang realiti dan mimpi.
sebarkan news ini kepada seramai yang dikenali utk solat hajat dan doa sekarang juga. Israel telah menyerang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sebentar tadi.Sehingga kini, 3 orang mati dan 30 orang tercedera.Mohon Allah bantu sahabat2 kita di Gaza skrg ni.
gambar atas: kapal2 tntera Israel mdekati kapal LL4Gaza 
gambar bawah:komando tntra mnyerang kapal aktivis menyebabkan 10 org aktivis kemanusiaan Palestin terkorban

 ya Allah, apalah dosa para sukarelawan itu? jika ditanya kepada budak kecil sekalipun, jelas lagi bersuluh. misi mereka hanya satu. Untuk menghulurkan tangan yang murni, bantuan buat saudara seIslam yang sentiasa dikasihi. Namun, yahudi laknatullah ini memang tidak punya hati menyerang sesuka hati.Eee hati nurani ku sebagai manusia,memang terasa geram+marah kpd mereka,yahudi laknatullah!!!


Bingkisan Doa Kudusku
doa itu senjata orang mukmin. Sejak kecil, mok sering menerapkan ayat ni kepada ku dalam apa jua perkara. Ku yakin, itulah senjata yang paling POWER berbanding senjata ciptaan manusia. Firman Allah, 
   “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan aku makbulkan”

ini janji Allah kepada hambaNya. kini, dalam keadaan ku yang serba kurang, serba lemah. Hanya doa yang mampu ku jadikan senjata dalam membantumu wahai saudara-saudara ku yang sedang berjuang. Dengan kudrat yang ku ada, ku kirimkan doa QUNUT NAZILAH buat kalian. 




makbulkanlah doaku ya Rabb
tangan ini tidak bisa mengangkat senjata
aku malu
kerna tidak mampun membantu 
hanya doa 
ku kirimkan untuk mereka
tanda aku kasih,aku peduli
makbulkan doaku ya Allah
Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
amin

Tuesday, May 25, 2010

repentance of a slave




I am sorry Allah,
I know I did so much.
I know my sins are so huge
I know I didn’t follow the prophet’s footsteps as I should,
I know you’re the only one to help me and keep my secrets,
But I still ask people’s help and give out my secrets,

You gave me health and I am wasting it,
You gave me wealth and I am saving it,
You gave me parents but am not treating them as I should be,
You gave me time and I am not using it wisely,
I know I am always not doing enough..

But I always know that you are the Most- Forgiving
I also know that you are the Most- Merciful.
I know that you are the Most-Loving.
I pray hoping that you will accept.
I fast hoping that I did it right,
I worship knowing that I am never doing enough.
I worship you upon Hope, Love and Fear.
Forgive me Allah!
I ♥ you

Monday, May 24, 2010

happy 47th birthday mok

Bismillahirrahmanirrahim
the time is so fast as the blink of my eyes. I still remember how you used to help me with my homework during my primary school. You play dolls with me, and today, you are now 47 years old mok. Those old days remain as one of the sweetest memories that I have with you. Wrinkles on your face look so obvious now mok, yet your fair complexion is still undeniable.You look much prettier mok.Inner and outer beauty of you mok still vividly present.

Thank you mok for always be by my side.
You are the only best friend that I have.
You're the best supporter.
You're the best listener.
You're the best chef. 
You're the best in everything I have mok


I am sorry mok, I cant afford to give you any expensive present, because you deserve much more than I can give. But inshaALLAH, I'll buy an English cotton baju kurung, your fav one ;) it doesnt pay all you're tiredness and deeds in bringing me up, but hope you'll accept my little gift mok. And last nite was the most wonderful nite, that me and my siblings have. It's not so called 'party' but its kind of a reminder for your birthday mok. Having splendid secret recipe, choc indulgences really cheer you up. I know you were happy last nite. Though ayah is not there, you still have us ,rite mok? I vow to myself to always be a pious daughter of yours, and I will try my best to make a curve on your face. Love you mok Rahanat Abdul Kadir till the end .Thank you Allah for giving me her as a part of life.

Thursday, May 20, 2010

3 Perkataan Yang Sukar Diucapkan

“Aku takutkan Allah!”. 

Sekilas pandang, ketiga-tiga perkataan ini kelihatan amat mudah untuk dilafazkan. Namun apakah kita semua sedar bahawa mutakhir ini amat jarang dan sukar untuk kita temui di kalangan umat Islam yang mampu melafazkan ketiga-tiga perkataan tersebut? Apatah lagi apabila mereka berhadapan dengan sesuatu situasi atau perbuatan yang berunsurkan maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala?

Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh, terlebih dahulu izinkan saya membawa sebuah hadis daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di mana, menurut hemat saya, ianya amat berkait rapat dengan persoalan yang telah kita bangkitkan menerusi perenggan di atas. Hadis yang saya maksudkan adalah seperti berikut, maksudnya:

Dari Abu Hurairah radhiallahu‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya iaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh (membesar) dalam beribadah kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa terkait dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bersatu dan berpisah atas dasar cinta ini, seorang lelaki yang dirayu oleh wanita bangsawan dan berparas cantik, kemudian dia menyebut: Sesungguhnya aku takut kepada Allah, orang bersedekah dengan sesuatu sedekah yang dia sembunyikan sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat kesunyian, kemudian berlinanglah kedua air matanya.
 [Hadis riwayat al-Bukhari (no. 629) dan Muslim (no. 1031)]

Perhatian kita ditujukan kepada perkataan yang diucapkan oleh salah seorang lelaki tatkala beliau dipujuk rayu oleh seorang wanita bangsawan yang cuba mengajaknya untuk melakukan zina, lelaki tersebut berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah. Demikian betapa ringkas dan padatnya ucapan lelaki tersebut sehingga yang demikian menyebabkan beliau mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di sini timbul satu persoalan, mengapakah lelaki tersebut mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu sebagai salah seorang yang termasuk dalam tujuh golongan yang mendapat naungan-Nya di Hari Kiamat?
Jawapannya adalah mudah kerana hakikatnya tidak semua di kalangan kita, umat Islam, di dunia ini yang mampu melepaskan diri daripada jeratan fitnah maksiat. Lebih-lebih lagi apabila berada dalam situasi seumpama hadis di atas di mana fitnah yang dihadapi oleh lelaki tersebut adalah berupa pujuk rayu daripada seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan mempunyai kedudukan sebagai seorang wanita bangsawan. Ini mengingatkan kita kepada salah sebuah hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

Tidak aku tinggalkan selepas (kewafatan)ku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita. 
[Hadis riwayat al-Bukhari (no. 4706) dan Muslim (no. 4293)]

Malah dalam riwayat yang lain sedia diterangkan bahawa punca utama yang membawa kepada kehancuran Bani Israil adalah disebabkan oleh fitnah daripada kaum wanita juga. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maksudnya:

Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.
[Hadis riwayat Muslim (no. 4925)]

Bagaimana pula dengan realiti umat Islam masa kini?
Kembali semula kepada perbincangan kita. Mungkin ada di kalangan para pembaca ketika ini yang bertanya: Sejauh manakah benarnya dakwaan penulis (Mohd Hairi) yang lalu yang mengatakan bahawa umat Islam masa kini amat sukar mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” khususnya apabila mereka sedang diuji dengan sesuatu perkara yang menggugat keimanan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala?

Bagi mengukur sejauh mana kebenaran dakwaan ini maka marilah sama-sama kita memerhatikan realiti umat Islam yang berada di sekeliling kita pada ketika ini. Secara jujurnya saya ingin bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian. Sehingga kini berapa ramaikah di kalangan anda yang pernah menyaksikan golongan yang jujur lagi tegas mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” tatkala mereka diajak kepada sesuatu perkara yang mengarah kepada perlakuan maksiat di sisi agama? Pasti sahaja bilangan kelompok ini amat minima, bahkan tidak pernah langsung, bukan?

Terus terang saya katakan bahawa sehingga kini saya sendiri masih belum menemui seorang jua dari kalangan umat Islam yang mengucapkan perkataan yang sama apabila berhadapan dengan situasi kemungkaran termasuklah diri saya sendiri. Berani saya katakan seperti ini kerana saya yakin bahawa saya bukanlah bersendirian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun saya tidak menafikan bahawa golongan ini memang wujud akan tetapi bilangan dan kekerapan mereka mengucapkan perkataan tersebut adalah amat minimum. Atas dasar inilah saya mengatakan bahawa perkataan ini, iaitu aku takutkan Allah, amat jarang dan sukar untuk diungkapkan oleh kebanyakan umat Islam muktakhir ini.

Sebab-sebab kesukaran mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah”.
Persoalan seterusnya: Mengapakah umat Islam merasa sukar (untuk) mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” bagi menangkis sesuatu perbuatan maksiat di sisi agama? Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebahagian umat Islam amat jarang dan sukar untuk mengungkapkan perkataan tersebut, paling kurang adalah disebabkan oleh dua faktor berikut:

Pertama: Takut dan malu dianggap sebagai riya’. Sebahagian orang amat bimbang jika mereka mengungkapkan perkataan “aku takutkan Allah” maka mereka akan dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai orang yang memiliki sifat riya’ iaitu menunjuk-nunjuk bahawa kononnya dia ialah seorang yang memiliki sifat taqwa yang tinggi kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru, atas dasar bimbang dilabel sebagai golongan yang riya’ maka mereka memilih untuk berdiam sahaja ketika menolak sesuatu perbuatan maksiat.

Kedua: Kurangnya sifat taqwa dalam beragama. Jika diperhalusi hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam beberapa perenggan yang lalu jelas menunjukkan bahawa kesemua golongan yang dijanjikan naungan Allah di dalam hadis tersebut berkait rapat dengan sifat taqwa yang dimiliki oleh mereka. Tidak mungkin lelaki yang digambarkan dalam hadis tersebut menolak pelawaan wanita untuk berzina melainkan disebabkan oleh sifat taqwanya kepada Allah. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa ketiadaan sifat taqwa pada diri seseorang merupakan faktor utama yang membuatnya berasa merasa sukar untuk mengucapkan “aku takutkan Allah’ tatkala dia diuji dengan sesuatu perbuatan maksiat di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Apakah sukar bagi kita untuk mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah”?
Sungguh pun mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” adalah sesuatu yang amat sukar untuk dipraktikkan namun ia bukanlah suatu yang mustahil untuk kita lakukan. Hal ini terbukti menerusi hadis yang saya bawakan di awal risalah ini di mana lelaki yang dijanjikan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai termasuk dalam salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah daripada kalangan hamba-Nya juga, sebagaimana kita. Hanya sahaja yang membezakan beliau dengan golongan selainnya sehingga mendapat kemuliaan tersebut adalah disebabkan oleh sifat taqwa yang dimilikinya. Oleh itu, perkara pertama yang harus dilakukan seseorang itu bagi memudahkannya mengucapkan “aku takutkan Allah” ialah menyemai sifat taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Walau bagaimanapun seperkara yang perlu kita sedari bersama bahawa kemampuan untuk mengungkapkan perkataan “aku takutkan Allah”, khususnya apabila berhadapan dengan sesuatu situasi kemungkaran, pada hakikatnya adalah bergantung kepada rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala juga. Ini sebagaimana yang berlaku ke atas Nabi Allah, Yusuf ‘alaihissalam tatkala beliau diuji dengan perbuatan zina di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala, dengan sifat Rahmat-Nya, telah menyelamatkan beliau daripada terjerumus ke lembah fitnah tersebut. Hakikat ini telah pun dirakamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menerusi firman-Nya (maksudnya):

Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf) dan Yusuf pun berkehendak kepadanya. Sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih. 
[Surah Yusuf, ayat 24]

Kesimpulan:

Oleh itu, marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semoga Dia mengurniakan kepada kita dengan sifat taqwa agar dengan taqwa tersebut akan menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang mampu mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” tatkala berhadapan dengan sesuatu ujian yang berupaya menggugat keimanan kita. Ini sekaligus membuka peluang yang sebesar-besarnya kepada kita untuk termasuk dalam salah satu daripada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. 

~Wallahu a’lam~

Sunday, May 9, 2010

its only a pic..but~



sudah lama juga saya tidak berkesempatan untuk meninjau dan melancong sekitar bahagian picture di web fav saya iLuvislam.com. Mana tidaknya, untuk tunggu web tu untuk loading pun sudah mengambil masa lebih kurang setengah jam, apatah lagi untul memview and men'copy' and paste gambar2 tersebut. Broadband cap biasa2 laa katakan, tapi Alhamdulillah , pagi ni line agak elok sikit. Dan hasil daripada web walk saya tadi, saya jumpa satu pic ni. Simple, klakar dan mempunyai maksud yang mendalam. semoga kita semua dapat ambil iktibar dalam memperbaiki diri kearah yang lebih baik. sampaikanlah walaupun sepotong ayat . ~wallahualam~

Friday, May 7, 2010

syukur

'maka nikmat TuhanMu  yang manakah yang kamu dustakan'
 

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana ada lagi insan yang tidak memiliki apa yang kita miliki. Tidak salah untuk kita mengharapkan lebih dari apa yang kita ada kerana Allah itu suka kepada hambaNya yang mengharap sesuatu dariNya. Cuma ada seketika, kita tidak dapat apa yang kita mahu kerana Allah Maha Mengetahui rancangan yang terbaik buat hambaNya. Jangan bersedih, jangan berputus asa. Ucapkanlah Alhamdulillah, bersyukurlah.

di sini ada beberapa pic yang saya dapat hasil daripada fb walking saya sepanjang cuti sem ni . Tak sia2 saya view' fb kawan2 kerana terjumpa pic yang begitu menginsafkan . Credit to Nik kerana me'upload' kan gambar2 ini di albumnya. .sykran ya ^^,

Semoga tatapan gambar2 ni membuahkan rasa keinsafan di hati kita untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH .~wallahua'lam~




                

setitis ujian melanda,
segunung kurnianNya,
begitu anugerah Tuhan.

Monday, May 3, 2010

speechless =0

slm. nk tnye pendapat je ne boleh? ha3 jgn terkejut pulak. if seorg lelaki berusia nak jadikan kita as a secnd wife. Rasa2 terima x?dia mampu dari segi kewangan n everything...lagipun first wife dia pun sporting jgk. terima je ..mcm mana u all fikir. patut ke kta terima eh?

terkejut saya bila mendapat sms ni dari kawan saya. Mungkin dia mengigau kot. Pukul 12.46 saya terima sms ni. Memang tergamam. Saya minta maaf ya, tapi saya terpaksa ignore sms awak. Personally, saya agak sensitif dengan perkara yang ingin awak bincangkan.Bukan saya tidak ingin berkongsi apa yang saya ada, tapi saya memang allergy sikit bab ni. Hanya Allah dan mereka yang memahami saya yang tahu. Awak boleh refer orang yang lebih pakar tapi bukan saya. Lagipun, saya tidak memikirkan lagi bab perkahwinan di usia sebegini.

Wallahualam