...He found you lost and guided you (93:7)

Monday, April 26, 2010

rumahku syurgaku

orang lain tidur,saya bangun.hehe..jam di penjuru bawah desktop berdetik memasuki 1 a.m .agak kebosanan terfikir saya akan satu nasyid nyanyian Hijjaz, Rumahku Syurgaku. pernah dengar tak? bak kate mok saya ( seorang cekgu BM), susunan ayat dalam nasyid ni sungguh teliti, seperti ayat sebuah karangan.=) apeape pun, saya suke nasyid ini.

Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami

Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik

Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak

Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan

Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang...
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur

Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumah tangga

Friday, April 23, 2010

Tangisan hati



Hati saya benar terusik. Meronta kesakitan. Menangis setiap masa. Saya sedar, saya sedang lagha, alpa. Iman saya sedang decelerating by time. Genap seminggu di rumah. Saya semakin tewas. Bisikan nafsu, satu persatu saya turuti. Saya sedar, saya menangis, kecewa akan diri sendiri yang lemah sangat. Astaghfirullahalzaim. Inilah dugaan yang saya hadapi di rumah.teringat saya pada satu pesanan ketua halaQah semasa halaqah terakhir saya hadari sebelum cuti panjang ini.
‘ pulang ke rumah akan membuat kita melupakan segala ibadah sunat yang kite buat sepanjang di u’.
‘laa ape pulak, rumahku syurgaku, nape jadikan itu alasan berkaitan ngan ibadah kita. 'We choose the way we want, Allah decides then ku bermonolog, kurang senang dengan pandangan dia.
Namun, kini saya perlu akui juga 50% ayat itu. Tapi still saya simpan lagi 50% kerana saya percaya ayat saya juga ada benarnya. We choose the way we want.
Ibaratkan seorang musafir mengembara mencari kebenaran, itulah diri saya. Pasti saya akan melalui jalan yang diverges, sering kali saya memilih untuk melalui jalan yang sering dilalui, berpusu-pusu manusia ingin melaluinya. Namun perjalanan di jalan ini membuatkan saya terlupa tujuan pengembaraan saya . Meneruskan perjalanan, saya terjumpa lagi jalan yang diverges, kini saya memilih untuk melalui jalan yang jarang sekali dilalui manusia. Gerun, sunyi menyelubingi diri. Tetapi di jalan inilah saya menemui tujuan hidup saya. Mengabdikan diri pada Allah semata-mata. Susahnya perjalanan di jalan ini, terkadang hampa, penat.
Semua pilihan ini terletak pada kekuatan iman. Iman saya sentiasa turun naik. Tapi saya takkan benarkan nafsu yang mengurang iman ini selamanya bertakhta. I need, no I MUST FIGHT !!
Dan sekarang, apa yang saya rasa penyesalan. Benarlah kata-kata Imam Ghazali:
“Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb,
Mungkin pohon itu sedang lebat, namun ya Allah, bantulah hambaMu ini. Ya Allah biarlah penyesalan ini membuatkan diriku kembali padaMu. Amin ya rabb. Semoga esok bangunku dari lena, lebih baik dari hari ini.
wallahualam

diam

diam itu lebih baik


walaupun simple je post kali ni, tp saya yakin kalau di amati setiap bait kata nasihat dari post ini, and kita apply apa yang patut, inshaAllah, hidup kita lagi baik dari sebelumnya. =)

HIKMAH DIAM:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2.PERHIASAN tanpa BERHIAS

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.

6.ISTIREHAT bagi KEDUA MALAIKAT PENCATAT AMAL


7. MENUTUP segala AIB

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)


"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

jadi apa yang anda pilih? jika berdiam itu lebih baik, wajar kita sematkan dalam diri kita untuk menjadi pendiam daripada bercakap perkara yang sia-sia. wallahualam