...He found you lost and guided you (93:7)

Monday, March 1, 2010

nikmat Allah


Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita. Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya. Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini? Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?Tepuk dada tanya iman.


Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?". "Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi? Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt. Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?" InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.


(adaptasi dr i luv islam)




syukur ke hadrat illahi kerna kita sentiasa d'limpahi rahmat dan nikmatNya yg x ternilai(alhamdulillah).Kdg2 kita lupa hidup d'dunia ini hanya sementara(addunia illa mataal ghurur).kita hanyalah patung boneka d'atas pentas dunia ini..s2 saat nnti kita pasti akn kembali pd rabbi(al-maut).dan tika saat i2 tiba tiada lg penyesalan buat hamba yg lalai n leka dgn mainan pentas dunia...




buat sahabat sekalian,


t'ingat an pada satu ungkapan lirik nasyid oleh kump UNIC.(tajuk: hakikat bahagia)




bila susah tiada gelisah,bila miskin syukur pada tuhan,bila sakit tiada resah di
jiwa,bukankah tuhan telah berfirmanketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan
menjadi tenang,kebahagian itu suatu kesyukuran,bila kaya jadi insan pemurah,bila
berkuasa amanah,bila berjaya tidak alpa,bila sihat tidak lupakan tuhan....



sebagai hamba yg hina d'atas muka bumi ni,sentiasalah b'syukur d'atas nikmat yg d'kurniakan.jdlah insan yg sentiasa b'syukur~~~~~akhirul kalam sama2 kita muhasabah diri samada antum sume sentiasa m'syukuri ape yg d'beri...wallahualam...


No comments:

Post a Comment