...He found you lost and guided you (93:7)

Tuesday, February 2, 2010

menyusahkan lagi!huhuhu

sejurus selepas kelas analylitcal chemistry selesai, aku bergegas menuju ke mesin ATM berhampiran library. dengan penuh pengharapan, aku kira, duit pinjaman dari yayasan Islam kelantan sudah ada dalam akaunku. dengan lafaz 'bismillahiraahmannirahim', aku masukkan kad ATM CIMB ku. aku sangka duit sudah di bank in, memandangkan sudah 3 minggu aku menunggu tetapi tak dapat2 lagi duit pinjaman seperti yang di janjikan. cukuplah aku menyusahkan ayahku yang selama ini bertungkus lumus memberi wang untuk pendidikan. biarpun menjadi kewajipan baginya, tetapi aku rasa, ayah masih mempunyai banyak tanggungan yang lain untuk dibereskan. di rumah sahaja, masih ramai adik2 ku yang bersekolah. sangkaanku meleset bila , baki di dalam akaunku masih lagi RM21.00.jumlah yang ku masukkan ketika pertama kali membuka akaun CIMB. perutku menyanyikan alunan irama sepanjang aku menelaah pelajaran di library pagi tadi. manakan tidak, breakfast pun tidak, roti sekeping pun tidak sempat ku jamah. menjelang tengah hari, semakin rancak persembahan "perutku", sehinggakan aku tidak bisa lagi meneruskan pembelajaraan. "kalau aku tak makan, memang kronik laa, dah laa kelas ri ni abis kul6" dengan berat hati,aku menghantar msg kepada ayahku, memaklumkan kondisiku yang tak tertahan laparnya. kesian ayah. waktu itu tgh hari, msti ayah rushing ke bank untuk memasukkan duit untukku. insyaAllah, kesusahan ini menguatkan aku untuk belajar bersungguh2..ya Allah permudahkan jalan untukku

No comments:

Post a Comment