...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, February 14, 2010

mamatok & tok ayoh

mamatok & tokayoh

alhamdulillah. dengan izin yang ilahi, saya dan family selamat sampai ke kampung. walaupun jelas terpancar kepenatan di wajah ayoh,[terpaksa melalui jalan terengganu utk ke kelantan dari KL, which is agak jauh] tapi saya gembira kerana dapat bersama2 family pulang ke kampung. setibanya di kampung, mok terus membawa kami ke rumah mamatok. mashaAllah, rindunyer kat mamatok dan tok ayoh. tangan mereka segera ku ku kucup dan pipinya ku cium. sayangnya saya pada mamatok dan tok ayah tak pernah pudar.

mananya tidak, saya masih ingat, di kala saya masih bertatih dalam mengalunkan bacaan al Quran ketika seusia jagung, mereka lah yang diantara yang banyak mengajar saya. mak ayah juga banyak mengajar, tetapi mamatok dan tokayoh adalah yang banyak menaikkan semangat saya untuk improve my al Quran recitation. menetap di KL sejak kecil telah merisaukan mamatok andai kami adik beradik tidak dapat membaca al Quran dengan baik, telah menyebabkan mamatok mefokuskan kami setiap kali dia mahu mengajar al Quran[ mamatok adalah guru mengaji di kg] . biasalah, time kecik kami macam liat sikit. jadi mamatok... apalagi, ngepek [berleter] kat kami. sakit jugak telinga menadah setiap leteran dia. tetapi thanks to leteran dia, kami semua alhamdulillah dapat baca al Quran, walaupun hakikatnya bnyk lagi yang kene improve.

owh ya, satu lagi sebab kenapa kami adik beradik menjadi fokus mamatok [utk mengajar mengaji] ialah sebab, dalam kalangan adik beradik saya, tiada seorang pun yang bersekolah di skul agama. tidak seperti sepupu yang lain, masing2 dengan maahad muhammadi, maahad tahfiz, kami langsung tiada adik beradik yang bersekolah di sekolah agama. memang saya dan abelong pernah menjejakkan kaki di sekolah agama, tetapi tak kekal . so, atas dasar itulah, mamatok lebih banyak fokus kat kami. mungkin di matanya kami adik beradik ni macam fragile sebab tiada asas agama, dan lebih terdedah kepada dunia luar.



papaepun, mamatok, dan tokayoh, saya betol2 hargai segala yang kalian ajarkan kepada saya dan adik beradik. terima kasih Allah kerana memberi mamtok dan tokayoh, jasa kalian hanya Allah yang bisa balas.

No comments:

Post a Comment