...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, February 14, 2010

mamatok & tok ayoh

mamatok & tokayoh

alhamdulillah. dengan izin yang ilahi, saya dan family selamat sampai ke kampung. walaupun jelas terpancar kepenatan di wajah ayoh,[terpaksa melalui jalan terengganu utk ke kelantan dari KL, which is agak jauh] tapi saya gembira kerana dapat bersama2 family pulang ke kampung. setibanya di kampung, mok terus membawa kami ke rumah mamatok. mashaAllah, rindunyer kat mamatok dan tok ayoh. tangan mereka segera ku ku kucup dan pipinya ku cium. sayangnya saya pada mamatok dan tok ayah tak pernah pudar.

mananya tidak, saya masih ingat, di kala saya masih bertatih dalam mengalunkan bacaan al Quran ketika seusia jagung, mereka lah yang diantara yang banyak mengajar saya. mak ayah juga banyak mengajar, tetapi mamatok dan tokayoh adalah yang banyak menaikkan semangat saya untuk improve my al Quran recitation. menetap di KL sejak kecil telah merisaukan mamatok andai kami adik beradik tidak dapat membaca al Quran dengan baik, telah menyebabkan mamatok mefokuskan kami setiap kali dia mahu mengajar al Quran[ mamatok adalah guru mengaji di kg] . biasalah, time kecik kami macam liat sikit. jadi mamatok... apalagi, ngepek [berleter] kat kami. sakit jugak telinga menadah setiap leteran dia. tetapi thanks to leteran dia, kami semua alhamdulillah dapat baca al Quran, walaupun hakikatnya bnyk lagi yang kene improve.

owh ya, satu lagi sebab kenapa kami adik beradik menjadi fokus mamatok [utk mengajar mengaji] ialah sebab, dalam kalangan adik beradik saya, tiada seorang pun yang bersekolah di skul agama. tidak seperti sepupu yang lain, masing2 dengan maahad muhammadi, maahad tahfiz, kami langsung tiada adik beradik yang bersekolah di sekolah agama. memang saya dan abelong pernah menjejakkan kaki di sekolah agama, tetapi tak kekal . so, atas dasar itulah, mamatok lebih banyak fokus kat kami. mungkin di matanya kami adik beradik ni macam fragile sebab tiada asas agama, dan lebih terdedah kepada dunia luar.



papaepun, mamatok, dan tokayoh, saya betol2 hargai segala yang kalian ajarkan kepada saya dan adik beradik. terima kasih Allah kerana memberi mamtok dan tokayoh, jasa kalian hanya Allah yang bisa balas.

Wednesday, February 10, 2010

.:berakhirnya sebuah penantian:.


alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

itu sahaja lafaz yang ku mampu ungkapkan . hari ini, Allah telah memberikan saya 'bantuan' yang sekian lama saya menunggu. bantuan yang InshaAllah dpt memudahkan saya untuk bermujahadah, menuntut ilmu di negeri 'penyu' ini. akhirnya, duit pinjaman yayasan Islam Kelantan selamat dimasukkan dalam akaun saya. dengan adanya pinjaman ini, begitu banyak urusan yang perlu dijelaskan. Hutang duit buku perlu dileraikan.

mathematical engineering-RM 35
electrical and electronic engineering- RM 8
8
 

special thanks to dr.mohamad ,[my electrical and electronic] and en imran for letting me to use those books. Insha Allah moga Allah permudahkan urusan kalian.
saya takkan lupa saat kesusahan yang saya alami time tiada pinjaman. mok ayoh, thanks for sacrificing a lot for me. hopefully, sem dpn dpt apply JPA, insha Allah. tiada yang senang dalam bermujahadah..teruskan usaha najwa=)

Tuesday, February 2, 2010

menyusahkan lagi!huhuhu

sejurus selepas kelas analylitcal chemistry selesai, aku bergegas menuju ke mesin ATM berhampiran library. dengan penuh pengharapan, aku kira, duit pinjaman dari yayasan Islam kelantan sudah ada dalam akaunku. dengan lafaz 'bismillahiraahmannirahim', aku masukkan kad ATM CIMB ku. aku sangka duit sudah di bank in, memandangkan sudah 3 minggu aku menunggu tetapi tak dapat2 lagi duit pinjaman seperti yang di janjikan. cukuplah aku menyusahkan ayahku yang selama ini bertungkus lumus memberi wang untuk pendidikan. biarpun menjadi kewajipan baginya, tetapi aku rasa, ayah masih mempunyai banyak tanggungan yang lain untuk dibereskan. di rumah sahaja, masih ramai adik2 ku yang bersekolah. sangkaanku meleset bila , baki di dalam akaunku masih lagi RM21.00.jumlah yang ku masukkan ketika pertama kali membuka akaun CIMB. perutku menyanyikan alunan irama sepanjang aku menelaah pelajaran di library pagi tadi. manakan tidak, breakfast pun tidak, roti sekeping pun tidak sempat ku jamah. menjelang tengah hari, semakin rancak persembahan "perutku", sehinggakan aku tidak bisa lagi meneruskan pembelajaraan. "kalau aku tak makan, memang kronik laa, dah laa kelas ri ni abis kul6" dengan berat hati,aku menghantar msg kepada ayahku, memaklumkan kondisiku yang tak tertahan laparnya. kesian ayah. waktu itu tgh hari, msti ayah rushing ke bank untuk memasukkan duit untukku. insyaAllah, kesusahan ini menguatkan aku untuk belajar bersungguh2..ya Allah permudahkan jalan untukku

Monday, February 1, 2010

kiLLing WeEk!

alhamdulillah, one by one saya dapat menyiapkan assignment2 yang diberi. walaupun work under pressure tapi dapat menyiapkan sesuatu tugasan merupakan satu kenikmatan yang tidak bisa di zahirkan oleh kate2. hanya hati yang mampu tersenyum kegembiraan bila sesuatu kerja sudah siap. memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum bermulanya cuti midsem, lecterure sudah mula menuntut assignment. mendahului senarai assignment [yang ku kira banyak], ialah Kenegaraan. kami dikehendaki menulis full essay anything related to Hak Asasi Manusia.[suke2] bunyi cam senang, tetapi dalam proses menyiapkan, hanya ALLAH yang tahu betapa penatnya saya. sehinggakan saya sacrifice my sleeping time just to edit our works supaya better sikit. tapi Alhamdulillah, siap sudah. tinggal nak hantar. moga2 tugasan itu tidak direject! electrical and electronic, alhamdulillah da siap. owh ye, public speaking punyer speech outline, x buat lagi. k laa wallahualam..siapkan kerja2 najwa! jalankan tugas sebagai hambaNya ,pelajar,anak..muslimah to be
berjihadlah selagi diri masih menghela nafas di bumi Allah