...He found you lost and guided you (93:7)

Thursday, January 28, 2010

saat kewafatan Rasulullah s.a,w

selawat buatmu,
dikala hatiku merinduimu,
sunnah-sunnahmu ku ikuti
kerna dirimu ikutan yang mulia
dikau kekasih Allah,
berjuang menegakkan kalimah
'lailahaillallah'
besarnya pengorbanan mu Ya Rasulullah

semalam atas ajakan seorang senior, saya telah menghadiri satu tayangan di surau kolej. walaupun sedang cuti, tapi Allah telah buka hati saya untuk menghadiri majlis ilmu. ceramah oleh sheikh hb ali aljufri benar2 terkesan dalam diri saya. walaupun dalam bahasa arab, translation BM telah memudahkan saya untuk menghayati cramah beliau.berkisar tentang detik kewafatan Baginda, sheikh telah menghuraikan dgn terperinci suasana di rumah Baginda,keadaan sahabat2 Baginda dikala maut menghampiri insan yang mulia itu. ceramah ini benar2 memberi kesan. kelantangan sheikh memberi ceramah membuatkan saya beristighfar panjang. apakah saya menyintai Rasulullah seadanya Baginda menyintai umatnya.renung2kan .. oh ya video crmah ini boleh di download di you tube..semoga kita bermuhasabah diri masing2

No comments:

Post a Comment