...He found you lost and guided you (93:7)

Sunday, January 17, 2010

ilmu itu milik kita?

Indah sungguh petang ini. Setelah dua hari hujan turun dengan renyai-renyai membasahi bumi terengganu dengan rahmatNya, akhirnya pada petang ini mentari muncul dikala senja hampir melabuhkan tirai. Bersama kawan-kawan sekuliah, aku berjalan pulang ke kolej. Memandangkan kelas pada hari ini berakhir agak lewat pada pukul 6 petang, aku mengambil keputusan untuk terus membeli dinner di kedai makan berhampiran.aku tidak ingin membazir masa untuk kelaur sekali lagi.” alang-alang dah lalu kedai makan berhampiran, baik beli terus”.bisikku. rakan-rakan sekuliahku yang lain ada yang ingin makan bersama roomate,ada yang belum lapar. Akhirnya hanya aku dan Aifa yang meneruskan perjalanan menuju ke kedai.

’aifa, camane test kimia tadi? Mesti boleh buat kan?’, aku memulakan perbualan tatkala kami berjalan seriringan. ’ alaa najwa, tadi kite cam banyak je buat idiot mistakes. Kita nervous najwa,sampai nak start tulis pun tangan bergetar-getar’jawab aifa dengan tersurat nada kesal . Aku pun merasakan begitu. Pagi tadi, first test untuk semester ini. Dengan lecturer yang strict, rules are in the air,aku pun naik nervous. Nak kata tak boleh buat pun ada, tapi aku dapat menerima itu takdir dari Allah. Aku berusaha, Dia yang menentukan. ’takpe aifa, jangan rase down, insyaAllah, ini baru first test, masih banyak lagi test coming, midsem nati kita buat molek-molek’sambil menepuk bahunya, kami tersenyum sama-sama. Aku tahu, bukan senang untuk menelan sesuatu kesusahan, tetapi kesusahan ini adalah suatu pemberian dari Allah untuk mengukuhkan iman kita, satu2nya cara untuk menyemai sifat sabar dalam menghadapi ujianNYA. ’tapi aifa cam segan laa najwa. Aifa tak dapat nak buat tapi orang yang aifa ajar semalam, dia dapat buat, malu laa najwa’ . aku tersenyum dan menghela nafas panjang,’sepatutnya Aifa kena gembira, bile ada orang faham dan dapat buat soalan test tadi, itu tandanya, apa yang Aifa ajarkan itu difahami,maknenya Aifa pandai mengajar’. ’ hmm betol jugak yer, tak sia2 sebab kita dah bagi ilmu kita kat dia’dengan spontan Aifa berkata. Tersentak aku mendengar ucapannya. ’ilmu kita’? hmm, itu bukan ilmu kita, itu milik Allah Aifa, suara hatiku menjawab. Tergamam aku sebentar, mahu saja aku betulkan tapi macam mana nak menyusun ayat untuk menegur ya. Aku terdiam seribu bahasa. Walapun sekadar satu ayat tetapi ayatnya telah mengingatkan aku kepada satu hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, yang berbunyi,

Daripada Abu Hurairah bahawa, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

Sering kali sebuah kata2 yang diucapkan seseorang, ia menganggapnya ringan sahaja, namun dapat membuatnya melayang2 di neraka selama tujuh puluh tahun lamanya

Bukan aku menyalahkan Aifa untuk becakap sedemikian, mungkin dia tidak sedar, tapi ayat sebegitu seolah2 Aifa mengiakan bahawa, apa yang dia ajar kepada prang lain itu milik , dia, walhal tidak. Nampak remeh tapi hakikatnya aku rasa tidak selesa dengan ayat itu. Kita ini hanyalah hamba Allah. Tidak memiliki apa-apa, melainkan semua yang ada ini pinjaman dariNya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment