...He found you lost and guided you (93:7)

Thursday, January 28, 2010

saat kewafatan Rasulullah s.a,w

selawat buatmu,
dikala hatiku merinduimu,
sunnah-sunnahmu ku ikuti
kerna dirimu ikutan yang mulia
dikau kekasih Allah,
berjuang menegakkan kalimah
'lailahaillallah'
besarnya pengorbanan mu Ya Rasulullah

semalam atas ajakan seorang senior, saya telah menghadiri satu tayangan di surau kolej. walaupun sedang cuti, tapi Allah telah buka hati saya untuk menghadiri majlis ilmu. ceramah oleh sheikh hb ali aljufri benar2 terkesan dalam diri saya. walaupun dalam bahasa arab, translation BM telah memudahkan saya untuk menghayati cramah beliau.berkisar tentang detik kewafatan Baginda, sheikh telah menghuraikan dgn terperinci suasana di rumah Baginda,keadaan sahabat2 Baginda dikala maut menghampiri insan yang mulia itu. ceramah ini benar2 memberi kesan. kelantangan sheikh memberi ceramah membuatkan saya beristighfar panjang. apakah saya menyintai Rasulullah seadanya Baginda menyintai umatnya.renung2kan .. oh ya video crmah ini boleh di download di you tube..semoga kita bermuhasabah diri masing2

Sunday, January 17, 2010

sahabatku anak yatim

Sudah lama aku tidak berkesempatan untuk mem’update’ blog. Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan wi-fi dari bilik membuatkan aku abaikan sekejap blogku. =) ditambah pulak dengan kekangan masa yang dihabiskan untuk menuntut fardhu kifayah dalam bidang alam sekitar. Alhamdulillah, di pagi yang tenang,tatkala insan lain sedang nyenyak diulik mimpi, aku di sini, menghadap lappyku. Mencari bait2 kate untuk menulis blog( aceceh, berpuitis lak)

Baru2 ni, aku baru sahaja mendapat tahu tentang satu berita yang mengejutkan. Setelah satu sem menjalinkan ukhuwahfillah dengan seorang sahabat ni, aku baru sahaja tahu tentang statusnya sebagai seorang anak yatim . sahabatku, Alia Basirah. Seorang muslimah yang bagiku seorang yang kuat dalam menghadapi ujian hidup. Aku langsung tidak dapat trace bahawa ibunya telah kembali ke rahmatullah. Dari tingkah lakunya, dan cara dia berceritakan kepadaku setiap kisah tentang keluarganya, langsung tiada sign yang dia sebenarnya sudah kehilangan ratu hatinya. Seorang ibu, yang membelai dirinya dari seusia jagung. Mungkin Alia tidak mahu menagih simpati insan lain, ingin menangung kepayahan dengan sekuat yang mungkin.
Namun, segalanya terlerai pada satu petang. hari Khamis yang lepas, terdetik di hatiku untuk mengajak Alia bersiar2 di pantai Tok Jembal yang a throw of stone dari kolej kediaman. Ajakanku disambut mesra Alia.
”awal pulak dia reply msg ni, msti da bis kelas’ getus hatiku. Without hesitation, aku mengorak langkah menuju ke bilik Alia, yang bersebelahan bilikku. Dengan wajah seceria budak kecil keriangan, aku masuk ke bilik Alia, tanda gembiranya aku kerana dapat pergi ke pantai( my fav place in search of calmness). Langakhku terhenti sebentar,tatkala aku melihat Alia, mengungukup wajahnya pada kerusi biliknya. Dengan wajah yang lesu ,ku kira Alia masih belum dapat reenergize dirinya setelah pulang dari kuliah tadi. ” Wa, Alia dok dapat wat test thermodynamic tadi” bicaranya dengan wajah yang kepenatan. Tapi kali ni, wajah Alia lain.terpancar satu raut wajah yang tersirat kesedihan yang sudah tidak tertanggung. ”sabar Alia,insyaALLAH midsem ado lagi, kita wat elok2.mungkin ALLAH nak wi kat kite kejayaan in the future, bukan sekarang” pujukku sebaik mungkin sambil mengusap bahu Alia, dengan lembut . ” Alia nok balik umoh Wa.Alia rindu kat aman( adik bongsu Alia), dia sunyi tu duk umoh. Adik Alia hok lain dah balik asrama.Ude dah gi PLKN. Kesian aman duk nga aboh je sekarang” tanpa memikir panjang, aku menanya Alia, ” mok Alia gi mano? Bizi kejo ke?”. dengan nafas panjang, Alia merenung aku dengan mata yang berlinangan air mata, air mata yang tidak tumpah ke pipi,tande betapa kuatnya Alia untuk mengungkaikan hakikat tentang dirinya! ”Umi Alia dah lame pergi Wa, tinggal aboh ngan adik aman je kat umoh sekarang ni Wa”.. innalillahiwainnailaihirajiun, ku ucap dengan spontan. ”Maaf Alia, Wa baru tahu, selama ni Alia tak dok kabor pun kat Wa” ku menatap wajah Alia dengan penuh kasih sayang, memang aku sayang kepada sahabatku ini, tetapi hatiku makin lembut dengannya apabila tahu keadaanya. ” kita pergi pantai pasni, same2lah kita join ombak,angin, berzikir padaNya,semoga kito dapat ketenangan dari Ilahi neh Alia” . rupanya Alia memang teringin nak balik rumah, namun kesibukannya sebagai pelajar Sains Kimia, yang bergelumang dengan pelbagai experiment, telah menyebabkan Alia terpaksa menangguhkan niat di hati. Tanggungjawabnya sebagai anak kedua sememangnya telah membuatkan Alia terase diperlukan dirumah untuk menemani adik bongsunya dan yang paling penting ayahnya. Sejak pemergian arwah ibunya kurang dari setahun yang lalu, Alia dan adik2nyalah yang mengisi kekosongan hati ayahnya yang sangat mencintai ibunya. Meskipun pada detik2 akhir arwah ibunya bertarung dengan barah payudara, Alia sedang menuntut di matrikulasi dan tidak dapat berada disisi ibunya tatkala kematian mengampiri, tetapi Alia bersyukur kerana berpeluang untuk menjaga arwah ibunya yang sakit ketika cuti antara sem yang lalu. ” Alia bersyukur wa, Alia sempat gok jage umi time umi sakit. Masa yang paling Alia lega bila jage umi ialah time umi dapat tido wa. Sebab time tu, umi kesakitan yang umi rase tu kurang sikit”

ya ALLAH kuatkan hati Alia, tabahkan hati Alia dalam menghadapi segala ujian dariMU. Berikan Alia kejayaan di dunia dan akhirat, jadikan Alia seorang mukminah yang sejati. Amin ya rabbalalamin.
Sesungguhnya, arwah umi Alia beruntung sebab ada anak solehah macam Alia. Doa anak soleh antara bekalan untuk arwah umi Alia di sana. insyaAllah.

Kisah sahabatku ini benar2 memberikan pengajaran kepadaku untuk mengahargai mok ayohku selagi mereka ada di dunia. Pada keesokan paginya, tak kene mengena aku menelefon mokku sebaik saja terjaga, mok aku pun pelik dengan aku. Ingin sangat aku ucapkan satu ayat ni pada mok aku pagi tu, tetapi tibe2 kredit abis. Aish…tetapi tak lame selepas itu, one messages received terpampang di screen mobile ku .


“kakak nok woyat gapo tadi?”
From:beloved mok sayang Sent:15/1/10


Tanpa ragu2 aku tekad untuk ucapakan kepada mok ku...bismillahirrahmanirrahim


“kakak nok woyak kat mok yang kakak sayang mok”

cepat2 aku tekan butang send. Alhamdulillah, delivery report menyatakan msg itu telah selamat sampai di mobile mok. Aku tersenyum,tanda puas. Bukan senang untuk menyatakan ayat sebegini. Sudah lama aku tidak ucapkan. Last sem ade laa jugak aku bagitahu tatkala aku melayan nasyid ”belaian ibu” nasyid Hijjaz yang meningatkan aku pada mok. Tidak lama kemudian, nada msgku berbunyi,” ape agaknya yang mok reply ek?” berdebar lak.


”ni sarah la.kah3”

From:beloved mok sayang Sent:15/1/10


Rupanya2 adik aku yang mereplykan msg tadi. Cish, aku punya laa nak tujukan khas buat mok. Tapi jauh dalam hatiku, aku yakin mok telah membaca msgku. Semoga lafazku yang tersimpan selama ini bisa di ketahui oleh mok.
wallahualam


bersama sahabatku Alia Basirah

ilmu itu milik kita?

Indah sungguh petang ini. Setelah dua hari hujan turun dengan renyai-renyai membasahi bumi terengganu dengan rahmatNya, akhirnya pada petang ini mentari muncul dikala senja hampir melabuhkan tirai. Bersama kawan-kawan sekuliah, aku berjalan pulang ke kolej. Memandangkan kelas pada hari ini berakhir agak lewat pada pukul 6 petang, aku mengambil keputusan untuk terus membeli dinner di kedai makan berhampiran.aku tidak ingin membazir masa untuk kelaur sekali lagi.” alang-alang dah lalu kedai makan berhampiran, baik beli terus”.bisikku. rakan-rakan sekuliahku yang lain ada yang ingin makan bersama roomate,ada yang belum lapar. Akhirnya hanya aku dan Aifa yang meneruskan perjalanan menuju ke kedai.

’aifa, camane test kimia tadi? Mesti boleh buat kan?’, aku memulakan perbualan tatkala kami berjalan seriringan. ’ alaa najwa, tadi kite cam banyak je buat idiot mistakes. Kita nervous najwa,sampai nak start tulis pun tangan bergetar-getar’jawab aifa dengan tersurat nada kesal . Aku pun merasakan begitu. Pagi tadi, first test untuk semester ini. Dengan lecturer yang strict, rules are in the air,aku pun naik nervous. Nak kata tak boleh buat pun ada, tapi aku dapat menerima itu takdir dari Allah. Aku berusaha, Dia yang menentukan. ’takpe aifa, jangan rase down, insyaAllah, ini baru first test, masih banyak lagi test coming, midsem nati kita buat molek-molek’sambil menepuk bahunya, kami tersenyum sama-sama. Aku tahu, bukan senang untuk menelan sesuatu kesusahan, tetapi kesusahan ini adalah suatu pemberian dari Allah untuk mengukuhkan iman kita, satu2nya cara untuk menyemai sifat sabar dalam menghadapi ujianNYA. ’tapi aifa cam segan laa najwa. Aifa tak dapat nak buat tapi orang yang aifa ajar semalam, dia dapat buat, malu laa najwa’ . aku tersenyum dan menghela nafas panjang,’sepatutnya Aifa kena gembira, bile ada orang faham dan dapat buat soalan test tadi, itu tandanya, apa yang Aifa ajarkan itu difahami,maknenya Aifa pandai mengajar’. ’ hmm betol jugak yer, tak sia2 sebab kita dah bagi ilmu kita kat dia’dengan spontan Aifa berkata. Tersentak aku mendengar ucapannya. ’ilmu kita’? hmm, itu bukan ilmu kita, itu milik Allah Aifa, suara hatiku menjawab. Tergamam aku sebentar, mahu saja aku betulkan tapi macam mana nak menyusun ayat untuk menegur ya. Aku terdiam seribu bahasa. Walapun sekadar satu ayat tetapi ayatnya telah mengingatkan aku kepada satu hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, yang berbunyi,

Daripada Abu Hurairah bahawa, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

Sering kali sebuah kata2 yang diucapkan seseorang, ia menganggapnya ringan sahaja, namun dapat membuatnya melayang2 di neraka selama tujuh puluh tahun lamanya

Bukan aku menyalahkan Aifa untuk becakap sedemikian, mungkin dia tidak sedar, tapi ayat sebegitu seolah2 Aifa mengiakan bahawa, apa yang dia ajar kepada prang lain itu milik , dia, walhal tidak. Nampak remeh tapi hakikatnya aku rasa tidak selesa dengan ayat itu. Kita ini hanyalah hamba Allah. Tidak memiliki apa-apa, melainkan semua yang ada ini pinjaman dariNya. Wallahualam.