...He found you lost and guided you (93:7)

Tuesday, December 15, 2009

zikrullah menajamkan fikir

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta , saraf yang membentuk otak berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik ini yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir, dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini akan menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir tersebut diulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi semakin aktif dan pada masa yang sama menambah tenaga bio-elektrik.

Lama- kelamaan, kumpulan saraf yang aktif ini akan mempengaruhi kumpulan saraf otak yang lain untuk turut serta menjadi aktif. Hasilnya, otak akan menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak akan memahami perkara baru, melihat daripada prespektif yang berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir, otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan mengenai perkara ini telah dimuatkan dalam Majalah Scientific Americankeluaran Disember 1993. kajian yang dilakukan di Unversity Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang berupaya mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



Dalam kajian ini, sukerelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehandaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka , beberapa bahagian otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Hal ini sekali gus telah membuktikan secara saintifik bahawasnya perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita sebagai umat yang sudah terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



No comments:

Post a Comment