...He found you lost and guided you (93:7)

Thursday, December 31, 2009

Astaghfirullahalazim..thats the only word that spurts from my mouth. I really wish that if could rewind the time and erase this memory. It was such an awful thing that happen in my life . hatred overwhelmed me as I remembered what happen to me last Sunday. Sometimes, I feel like crying even if I thought of that horrible experience. O Allah I beseech Your Forgiveness for my eyes for seeing sinful things.

That day, it was 10 a.m in the morning, as I was preparing myself for the upcoming class, I saw one of my roommates were extremely passionate watching scary movies. It was obviously shown from the screams she made during the suspend parts. I just smiled when seeing her that way. It just giggles me to saw people screaming when watching horror movies. As like those horrority were going to haunted them in the real life afterwards(even though it goes th same for me). Well, it’s a norm for someone to have inquisitive in something. I just wanna know, what movie she watched that drives her madly scared. Before I waved goodbye a steps out from out from the door, I asked her about the movie. With full of excitement she said she will gave me after I came from class. Without any doubt, I answered, “Okey”

I never thought that my “okey” was one steps left for me to do a sin that I never done before. A sin that tortures me , in the future. O Allah, I’m a weak slave of Yours, with Your affection please forgive me for what I’ve done yesterday, today and the day after.

I just cant write anymore… it hurts me to remind of this..O Allah please forgive me..

Wednesday, December 30, 2009

permintaan HATI

Ya Allah,kurniakan kepadaku hati seperti ini..


Hati yang sedar,

’firman Allah maksudnya:’sesungguhnya (keterangan2 dan peristiwa2) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunkan pendengarannya bersungguh2(kepada pengajran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya~surah Qaf:37~


Hati yang bersih,

Firman Allah maksudnya : ’sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih, bertambah2 bersih ( dengan iman dan amal kebajikan)~surah al syams:9~


Hati yang lurus

~Firman Allah maksudnya: ’( mereka berdoa dengan berkata) : ’ wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMu;sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah2 pemberianNya’surah ali imran:8~

....dan Engkau pelihara daripadaku hati ini...


Hati yang terhijab,

Firman Allah maksudbya: ;dan antara mereka, ada yang memperdengarkan kepadamu (al Quran),padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis2 atas hati mereka , yag menghalang mereka daripada memahaminya dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat( yang menjadikan mereka pekak) ~surah al an’am:25~

Saturday, December 26, 2009

mok ayoh

"rm95 satu?..mahalnya..nanti ikin kene jage elok2 la buku analytical chemistry ni.bukan sepuloh sen due".itulah sentences yg spotannye ku ucapkan td. mahalnya satu2 buku untuk setiap subjek.bukan semua orang dapat beli buku2 ni. macam aku, nak beli buku pun fikir due,tige,...sepuluh kali sebelum making the final decision.

sudah menjadi satu prinsip dalam keluargaku untuk TIDAK memohon PTPTN bagi membiayai urusan di ipta.sejak abangku masuk u lagi, kami takkan ambik PTPTNyang jelas berunsur riba. untuk satu tahun pertama, segala urusan,bayaran ke universiti ditanggung oleh mok dan ayah. walaupun atas dasar tanggungjawab, tapi kepayahan yang mok ayoh terpakse lalui dalam memastikan segalanya berjalan lancar, perit. tak dapat aku ungkapkan ngan kata2. bayangkan, ketika abelong mula2 masuk u, aku akan menghadapi SPM, jay pulak PMR dan sarah UPSR. memang benar, jawatan ayohku sebagai pegawai tadbir diplomatik(ptd) antare yang tertinggi di jabatan kerajaan,tetapi duit,suatu material yang makin lesap tatkala digunakan. apatah lagi mok, mok lagi banyak berkorban.

kini, aku, seusia jagung di unversiti. sepanjang satu sem lepas,aku dapat merasakan betapa susahnya mok dan ayoh hendak menanggungku.lebih2 lagi adikku, Jah, juga memulakan pengajian pada peringkat diploma di Uitm. Setiap minggu, aku hanya mintak rm5o,itu pun utk membeli sedikit makanan, untuk photostat notes,aku korbankan duit makanku semata2 untuk ilmu. buku2,aku sering idamkan untuk ade buku2 sendiri seperti time di bangku sekolah dulu. tapi aku sedar, buku2 di u jauh lebih mahal. aku tahu ayoh mok tak kisah kalau aku mintak duit beli buku...tapi...jauh di sudut hatiku,aku tahu pasti mereka akan memerah keringat untk dptkan duit itu..aku tak sampai hati menyusahkan mok ayoh lagi.aku tak sanggup..aku mengambil keputusan utk mencari buku2 yg berkaitan di library. alhamdulillah semua buku yang related ade di library kecuali math. "nak tak nak aku ke beli ni,aku lemah math..aku tak leh left behind",dgn berat hati aku mintak duit dari ayoh utk membeli buku math,rm85. ayoh hanya mampu bagi rm50 time tu. means, aku kena bayar lagi rm35. alhamdulillah lecturer aku en.imran tidak teragak2 untuk bagi aku gune buku itu wlaupun berhutang rm35.thanx en imran

sepanjang sem satu, aku berulang alik dari kolej ke library,naek hangus muka aku bejalan2,kadang2 berteman kadang tidak. biasa laa bukan semua orang selesa study di library,tapi aku mesti pergi library, aku tidak punya buku. walaupun lecturer note merupakan primary reference tapi ade certain things yang aku kurang faham,time tu buku2 rujukan sangat diperlukan.

sekarang,permulaan sem 2, aku perlu kuat malah lebih kuat dari dulu. subjek2 semakin susah, i need to sacrifice more.' ya Allah kuatkan aku untuk bermujahdah untukkMu dan tingkatkan pemahaman aku pada ilmu yang sukar bagiku, Engkau yang memudahkan apa yang sukar'
aku tengok kawan2 aku membeli buku( gune ptptn of coz) aku bersyukur,walaupun aku tak punya buku tapi aku mahukan suatu ilmu dari sumber yang halal. aku tak nak menyusahkan mok ayoh lagi kelak. sebab aku sayangkan mok ayoh. ya Allah kuatkan aku untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam menempuh ujian dariMu

Wednesday, December 16, 2009

bicara hati 2

cinta manusia based on priority~~

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"


Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA.
Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.
2) AGAMA:

Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.


3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

TEGARKAH KITA MELETAKKAN CINTA KEPADA SEORANG LELAKI MENGATASI CINTA KEPADA IBU BAPA KITA SENDIRI?








4) PASANGAN:

Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,ber’msg’ antara satu sama lain.

~wallahualam~

Tuesday, December 15, 2009

zikrullah menajamkan fikir

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta , saraf yang membentuk otak berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik ini yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir, dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini akan menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir tersebut diulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi semakin aktif dan pada masa yang sama menambah tenaga bio-elektrik.

Lama- kelamaan, kumpulan saraf yang aktif ini akan mempengaruhi kumpulan saraf otak yang lain untuk turut serta menjadi aktif. Hasilnya, otak akan menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak akan memahami perkara baru, melihat daripada prespektif yang berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir, otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan mengenai perkara ini telah dimuatkan dalam Majalah Scientific Americankeluaran Disember 1993. kajian yang dilakukan di Unversity Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang berupaya mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



Dalam kajian ini, sukerelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehandaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka , beberapa bahagian otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Hal ini sekali gus telah membuktikan secara saintifik bahawasnya perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita sebagai umat yang sudah terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



Monday, December 14, 2009

Ada apa dengan NAJWA??



seorang mukmin yang meyakini pengawasan Allah setiap saat akan terdorong untuk selalu menjaga diri daripada dosa. Dan jika terjatuh juga dalam dosa kerana sifat kemanusiannya ,maka dia akan mengikutinya dengan istighfar,penyesalan dan azam untuk tidak mengulanginya lagi. Orang seperti ini akan melalui hisab dengan mudah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,maka dia akan diperiksa (hisab) dengan mudah' ~al-insyiqaq:7-8

Hadis Ibn Umar di atas menjelaskan bahawa hisab dilakukan secara peribadi atau najwa. Al Hafiz ibn Hajar mentafsirkan najwa ini dengan katanya, 'Iaitu (Allah ) berbicara kepada seseorang tanpa didengari oleh orang lain". Hal tersebut dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dengan menceritakan bagaimana Allah s.w.t mendekatkan hamba berkenaan lalu menutupinya dengan hijab agar tidak ada yang mendengar pembincangan yang akan terjadi antara dirinya dengan Allah s.w.t.

Para ulama menyimpulkan bahawa najwa ini dilakukan untuk seorang hamba yang tidak suke melakukan dosa dengan terang-terangan di hadapan manusia lain tanpa malu. Sebaliknya ia terjatuh ke perbuatan tersebut dalam kesunyian, lalu ia merasa malu dan berusaha untuk menutupi dosanya sekuat tenaga. Dan tuhan kita terlalu pengasih untuk menyingkap aib seorang yang pemalu yang berusaha untuk menutupinya di dunia. Oleh sebab itu, Allah menghisabnya secra tertutup lalu mengampuni dosa2nya.

Hadis najwa ini mengandungi anjuran agar kita selalu menutup dosa, sama ada dosa yang kita lakukan ke atas orang lain mahupun dosa dilakukan kepada diri sendiri. Dan anjuran hadis ini sangat banyak kita temui dalam hadis2 lain. Dalam hadis riwayat Muslim . Abu Daud dan al Tarmizi drpd Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud, 'barang siapa yang menutupi (aib dan dosa) seorang Muslim , Allah akan menutup aibnya (aib dan dosa) di dunia dan akhirat'

~petikan daripada majalah solusi-14,m/s103~

---->this is some of the gist from an awesome article in this magazine. i was 'nt realized at all that this article is explaining about the scientific meaning of my name as it is entitled Hisab dan Tiga kelompok manusia, untill one nite my best friend told me. i was mesmerized by each and every words that the writer have tried explained the word najwa. By reading these article, it really encourages me to improve in performing my ibadah. Hope,fully u guys also enjoy reading such a good article as this. For further reading, do refer solusi edisi14,hidup untuk memberi

Saturday, December 12, 2009

tukar kos atau tidak?


'aku akan tukar ke kos biology'.Itulah tekadku,niatku sebaik saje melangkah mendaftar di universiti malaysia terengganu. Mendapat tempat dalam kos teknologi alam sekitar bukanlah satu benda yang aku prefer.Sayangku pada subjek biology tak perna pudar(dr skul smpai asasi,maintain A). lebih merisaukan aku, subjek2 yang aku TERPAKSA belajar ialah mathematical engineering,mechanical engineering,material, apa semua ni??i'm a read-book person,who adores reading history,biology,facts,..and i dont think i can master those mathematics calculation.itulah perasaanku,mindsetku bila ditakdirkan sebegitu.

Setiap masa, bermula dari hari pertama aku masuk kuliyah, aku sentiasa meningatkan diriku, niatku hanya satu, ingin belajar pulun untuk semester ni dan tukar kos biology. aku redha dengan takdirNya tapi tak salahkan untuk kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang kita lebih mahu.Dengan keinginan inilah, aku sentiasa bersemangat untuk belajar. dengan berbekalkan kekuatan doa yang ku panjatkan padaNya.

lama kelamaan,aku dapat rasakan ade paradigma dalam diri ini. aku belajar dalam kos ini dengan sepenuh hati,seolah2 aku mula sayangkan kos ini. Sume mindset tentang susahnya subjek2 calculation berjaya aku buang jauh2. alhamdulillah berkat pertolongan Allah,berkat doa mok ayoh,lecturer,kawan2ku, my first semester examination results are quite tempting. i manage to scored 3.55, which is totally beyond my thoughts. but this is all from Him

Because of this results laa i feel its hard for me to say good bye,despite of i still engaged some of my interest in biology. what should i do??? ya Allah, Yang Maha Mengetahui apa yang termolek untukku, tunjukkanlah kpdku jalan yang terbaek dan aku yakin pada ayatMu..
“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

(Surah Al Baqarah:216)

kembali mem'blogging'

alhamdulillah. setelah sekian lame berehat sebentar dari ber 'blogging', ade jugak sedikit mase untuk continue with what i've started before. Bezenye , blog lain2. Semoga dengan ber'blogging' ni dapat menjadi satu alternatif untuk aku write things that are barely spoken by words.